Kursus Komunikasi Berkesan Ke Arah Peningkatan Produktiviti Anjuran Kementerian Dalam Negeri

Perjuangan memperkasakan ummah FINE Academy pada tahun 2012 diteruskan lagi bersama Kementerian Dalam Negeri. Kursus yang dijalankan adalah “Kursus Komunikasi Berkesan Ke Arah Peningkatan Produktiviti”. Ia dikendalikan oleh jurulatih utama FINE Training Academy iaitu Fauzul Na’im Ishak yang juga merupakan Pengarah Urusan FINE Training Academy. Kursus ini dijalankan selama tiga hari 2 malam iaitu daripada 16 hingga 18 Mac 2012 di Hotel Grand Continental, Melaka.

Kursus ini dihadiri seramai 40 orang yang meliputi kakitangan serta pegawai Gred 17 hingga Gred 41 dari Kementerian Dalam Negeri dan agensi di bawahnya. Kursus ini dibahagikan kepada beberapa komponen penting dalam komunikasi iaitu menggunakan 5P: 5 strategi komunikator super dengan baik, memahami asas andaian NLP dalam komunikasi seharian, pengaplikasian kaedah komunikasi dalam membina hubungan baik bersama sesiapa sahaja dengan menggabungkan alat psikologi dan fisiologi, berkomunikasi berpengaruh dengan cara positif, memasukkan mesej-mesej dengan jelas dan terang ke dalam sesiapa yang mendengar, menjadi lebih berkeyakinan untuk berkomunikasi dalam apa sahaja keadaan.

Salah seorang testimonial peserta:
“Pengisian program yang mantap untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi serta penyampaian yang menarik dan berkesan. Penceramah yang super dan penerapan sesi motivasi diri.”

Morin Anak Jucy – Penolong Setiusaha PDP,KDN Putrajaya

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *