Kursus Panduan Pengurusan Pejabat KPKK

Pada 27-29 Februari 2012 lepas, tim FINE Academy berkampung di The Emperor Hotel, Melaka bersama dengan 40 orang kakitangan daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) bagi menjalankan Kursus Panduan Pengurusan Pejabat 2012. Kursus ini telah disampaikan oleh Tuan Ikram Mohd Wazir, salah seorang jurulatih kanan FINE Academy yang merangkap Pengurus Besar Penerbitan PTS Publications & Distributions Sdn. Bhd.

Peserta bersama Trainer di akhir Kursus

8 intipati utama telah dibincangkan dalam kursus ini yang merangkumi :
1 – Memahami Konsep Pengurusan Pejabat
2 – Aplikasi Kaizen dan Konsep 5S dalam Pengurusan Pejabat
3- Kemahiran Membuat Keutamaan Dalam Tugasan Pejabat
4 – Memahami Tatabahasa dan Tata Berbahasa di Pejabat
5 – Memahami Penulisan Surat Rasmi dan Memo
6 – Memahami Kemahiran Interpersonal dan Komunikasi Pejabat Berkesan
7 – Pengurusan Konflik
8 – Memahami Pengaruh Bahasa Badan Efektif

Fokus

Salah satu pratikal yang diajar

Kursus ini dilaksanakan bagi memperkasakan salah satu komponen penting dalam proses menilai dan meningkatkan keupayaan negara menjadi negara maju adalah daripada aspek keberkesanan sistem pengurusan sama ada melibatkan sektor swasta mahupun kerajaan. Ia memperkemaskan dan menaiktaraf aspek komunikasi lisan dengan sistem yang lebih tersusun dan teratur bagi memastikan tahap pengurusan yang bercitra antarabangsa dan setanding dengan negara maju.

Sama ada pihak swasta mahupun kerajaan, kedua-duanya akan berhadapan dengan perkara asas melibatkan pengurusan pejabat dan pentadbiran suber manusia khususnya berkaitankan komunikasi dalam organisasi.

Aktiviti Selingan

Aktiviti rancak dijalankan

Di akhir kursus, beberapa skrip komitmen menarik dirakamkan oleh peserta. Antaranya :

Memberi banyak pengetahuan mengenai urusan pentadbiran pejabat dan cara-cara menanggani masalah- masalah yang terdapat di tempat kerja, serta dapat mengetahui serba sedikit tingkah laku perangai orang lain – Ramlah Bt Liki, Pembantu Tadbir, Bhagian Pengurusan Maklumat

Program ini sangat bagus kerana banyak perkara baru yang saya perolehi seperti pelbagai jenis penggayaan bahasa badan,percakapan / komunikasi dengan orang lain dan penceramah yang ceria serta banyak pengalaman – Nor Fadilah Bt Badary, Pembantu Tadbir N17, Bahagian Akaun KPKK

Comments

  1. nazirah mohamad noh says

    salam, saya daripada salah sebuah syarikat swasta..bercadang untuk mengadakan kursus pengurusan pejabat…jika tidak keberatan boleh maklumkan pada saya anggaran bajet untuk kursus tersebut…

    • FINE Tribune says

      Boleh Puan, pihak kami amat berminat untuk bekerjasama dengan pihak Puan. Pohon berikan no. telefon untuk memudahkan perhubungan. Terima kasih Puan

Tinggalkan komen bernas Tuan dan Puan di sini