Kursus Pemasaran dan Komunikasi Berkesan, Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia Mencapai Sasaran

Jabatan Pembangunan Kemahiran, CIAST, 29 MAC 2012 hingga 30 MAC 2012- Tim FINE Academy sekali lagi berkunjung ke CIAST yang terletak di Shah Alam. Kami bersama-sama dengan 30 orang pegawai dari Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Perkongsian ilmu kali ini berkaitan dengan pemasaran dan komunikasi berkesan disampaikan oleh seorang jurulatih yang berpengalaman luas dalam bidang pemasaran iaitu Tuan Zamri Aminudin. Beliau sudah menulis beberapa buah buku berkaitan dengan pemasaran antaranya adalah “Mengapa Gagal Menjual”, “Nota jualan, Nota Kejayaan” dan “Mengajar Jurujual Menari”

Tuan Zamri Aminuddin, Jurulatih Kanan FINE Academy membentangkan modulnya

Tuan Zamri Aminuddin, Jurulatih Kanan FINE Academy membentangkan modulnya

Kursus Pemasaran dan Komunikasi Berkesan JPK Siri ke 2 ini bertujuan membina keyakinan diri di kalangan kakitangan dalam memasarkan produk dan perkhidmatan Jabatan Pembangunan Kemahiran. Para peserta dilatih untuk membuat surat jualan yang lebih efektif, slaid pembentangan yang lebih menjurus kepada kehendak pelanggan, kaedah mengenalpasti kelebihan organisasi dan menggunakan kelebihan itu untuk dipasarkan.

Pemasaran ialah satu kaedah untuk menyampaikan maklumat kepada pelanggan sasaran. Bunyinya mudah bukan? Tetapi sekiranya kaedah itu tidak betul maka pelanggan yang pada hakikatnya memerlukan produk itu akan beralih kepada produk lain. Ini kerana setiap produk ada pesaingnya.

Pembentangan diskusi kumpulan

Pembentangan diskusi kumpulan

Jualan pula berlaku apabila sasaran pelanggan itu berminat dan memerlukan penerangan lanjut. Pada peringkat ini kejayaan sudah 80%. Pada peringkat juga memerlukan teknik dan kaedah yang tertentu agar pelanggan yang sudah berminat itu tidak hilang minatnya. Semuanya diajar dalam kursus ini.

Aktiviti dalam kumpulan diadakan selepas setiap topik selesai dijalankan. ini bagi memberi gambaran yang lebih jelas kepada setiap peserta. Pemasaran dan jualan mempunyai peranan masing-masing dan sekiranya dilakukan menggunakan teknik yang betul maka ia akan membuahkan hasil yang lumayan.

Setiap manusia akan terlibat dalam proses pemasaran dan jualan, sama ada mereka sedar atau tidak. Cuba perhatikan orang di sekelililing kita, ada orang yang peramah dan disukai ramai dan ada orang suka menyendiri dan pendiam. Ini juga melibatkan elemen pemasaran dan jualan. cuma kita perlu kaitkan dalam konteks yang betul.

Sesi interaksi dua hala dalam kursus

Sesi interaksi dua hala dalam kursus

Interaksi antara jurulatih dan peserta amat menggalakkan. Ini kerana di pihak FINE Academy, kami mengunakan mazhab jurulatih bukannya penceramah. Jurulatih tugasnya ialah memastikan anak didikmya akan keluar dari kursus/bengkel sebagai ‘bintang’ dan jurulatihnya akan kekal sebagai ‘malam’. Maksud bintang di sini ialah peserta akan dapat melakukan segala yang di ajar dan dilatih di dalam kursus dengan cemerlang dan berjaya. Kami juga menyediakan khidmat nasihat selepas kursus atau bengkel secara percuma.

Kepada mana-mana organisasi yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan daripada FINE Academy bagi memantapkan lagi organisasi, boleh e-melkan terus kepada training@fineacademy.com.my ataupun terus menghubungi pejabat di talian 03-4149 2560 / 03-4131 4082.

Tinggalkan komen bernas Tuan dan Puan di sini