Kursus Pemasaran dan Komunikasi Berkesan, Jabatan Pembangunan Kemahiran (Siri 1)

Kursus Pemasaran dan Komunikasi Berkesan
Jabatan Pembangunan Kemahiran
CIAST
20 MAC 2012 hingga 21 MAC 2012

Tim FINE Academy kali ini bekunjung ke CIAST yang terletak di Shah Alam. Kami bersama-sama dengan 30 orang pegawai dari Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Perkongsian ilmu kali ini berkaitan dengan pemasaran dan komunikasi berkesan disampaikan oleh seorang jurulatih yang berpengalaman luas dalam bidang pemasaran iaitu Tuan Zamri Aminudin.

Tuan Zamri Aminudin juga telah menulis beberapa buah buku berkaitan dengan pemasaran. Antara tajuk buku beliau ialah “Mengapa Gagal Menjual”,”Nota jualan, Nota Kejayaan” dan “Mengajar Jurujual Menari”

Program ini bertujuan membina keyakinan diri di kalangan kakitangan dalam memasarkan produk atau perkhidmatan Jabatan Pembangunan Kemahiran.

Testimonial peserta:
” Membuka dunia sebenar strategi pemasaran dan membantu perancangan jabatan. Pendedahan dunia pemasaran yang belum pernah diketahui”
– Tuan Zool Hilmi (KPP, Jabatan Pembanguan Kemahiran)

” Dapat menambah pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan pemasaran dan rundingan” – Cik Puan Wan Fadzilah.(Pengajar, CIAST)

Para peserta dilatih dari segi membuat surat jualan yang lebih efektif, slaid pembentangan yang lebih menjurus kepada kehendak pelanggan, kaedah mengenalpasti kelebihan organisasi dan menggunakan kelebihan itu untuk dipasarkan.

Selama 2 hari kursus ini dijalankan, rata-rata peserta amat berpuas hati dengan isi kandungan dan perjalanan kursus.
Pihak FINE Academy mengucapkan jutaan terima kasih kepada  pasukan Jabatan Pembangunan Kemahiran yang memberikan 101% komitmen bagi melancarkan perjalanan kursus ini.

Kepada mana-mana organisasi yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan daripada FINE Academy bagi memantapkan lagi organisasi, boleh e-melkan terus kepada training@fineacademy.com.my ataupun terus menghubungi pejabat di talian 03-4149 2560 / 03-4131 4082.

Comments

  1. KAMARUL ADNAN B ABD AZIZ says

    Saya berminat untuk hadir kursus sebegini.
    Mohon email kepada saya mengenai tarikh, tempat, yuran dll. jika ada peluang untuk saya sertai.
    Terima kasih.

  2. rose says

    minta emailkan detail kursus,yuran dn tentatif program.. adakah yuran termasuk maakan dn penginapan?

    • FINE Tribune says

      Puan berikan e-mel dan nombor perhubungan, kami akan e-melkan perinciannya. Selalunya pihak penganjur yang sediakan tempat dan makanan.

      Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *