Kursus Protokol, Etiket Sosial dan Makan Beradab

Pengetahuan tentang selok belok menguruskan majlis mengikut protokol serta tatacara makan di majlis-majlis rasmi amat penting dan perlu ada dalam setiap diri individu dan organisasi yang mereka bawa. Atas kesedaran itu, Pihak Universiti Kebangsaan Malaysia telah menlantik jurulatih FINE Academy untuk menjayakan Kursus Protokol, Etiket Sosial dan Makan Beradab. Kursus ini diadakan selama dua hari bertempat di Hotel Residence inn, Uniten daripada 20 hingga 21 Disember 2012.

Jurulatih FINE Acedemy ialah Tuan Ahmad Dan bin Setafa, iaitu pegawai daripada Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA), Jabatan Perdana Menteri.Ilmu dan pengalaman bekerja di bahagian istiadat digabungkan menjadikan kursus ini menarik dan ceria. kursus ini dihadiri seramai 23 orang kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pengetahuan tentang protokol ini sangat penting, ini kerana kita membawa nama dan imej organisasi kita bersama dalam penganjuran sesuatu majlis-majlis penting. Kebanyakkan majlis-majlis jabatan kerajaan akan melibatkan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri. Antara soalan yang timbul ialah,

“Bagaimanakah susunan bendera?”, “Bagaimana cara untuk kita menyusun tempat duduk mengikut keutamaan?”,

Pengetahuan dalam bidang protokol dan menguruskan majlis amat kritikal terutamanya bila kita mengendalikan majlis atau acara yang berprofil tinggi. Interaksi antara jurulatih dan peserta amat menggalakkan. Ini kerana di pihak FINE Academy, kami mengunakan mazhab jurulatih bukannya penceramah. Jurulatih tugasnya ialah memastikan anak didikmya akan keluar dari kursus/bengkel sebagai ‘bintang’ dan jurulatihnya akan kekal sebagai ‘malam’. Maksud bintang di sini ialah peserta akan dapat melakukan segala yang di ajar dan dilatih di dalam kursus dengan cemerlang dan berjaya. Kami juga menyediakan khidmat nasihat selepas kursus atau bengkel secara percuma. Jurulatih kami mendapat respon yang positif dari semua peserta berdasarkan borang maklum balas dan pegawai Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kepada mana-mana organisasi yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan daripada FINE Academy bagi memantapkan lagi organisasi, boleh e-melkan terus kepada training@fineacademy.com.my ataupun terus menghubungi pejabat di talian 03-4149 2560 / 03-4131 4082.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>