Majlis Amanah Rakyat Memperkasa Potensi Diri Kakitangan Melalui Program Insan Super

30 Januari 2013: Hotel Grand Continental, Kuala Lumpur – Seramai 160 orang kakitangan Ibu Pejabat Majlis Amanah Rakyat berkumpul selama 2 hari (80 orang pada satu hari) untuk memperkasa potensi diri mereka. Program INSAN SUPER: Re-CODE Diri jadi Ghurabak kendalian Tuan Fauzul Na’im Ishak, pengasas dan jurulatih utama FINE Training Academy Sdn Bhd membuka mata dan minta para pesertanya mengenai apakah itu potensi diri.

Kursus ini memperkasa para kakitangan dengan mengaktifkan 5 KUASA INSAN SUPER iaitu: Kuasa Iman, Kuasa Tomakninah, Kuasa Minda, Kuasa Syukur dan Kuasa Korban. Kesemua ini berdasarkan adaptasi ‘roh’ Rukun Islam.

Tuan Fauzul Na'im mengendalikan bengkel dengan penuh semangat

Tuan Fauzul Na’im mengendalikan bengkel dengan penuh semangat

Ia dimulakan dengan membuang kepercayaan lama mengenai NASIB dan TAKDIR, kemudian setiap peserta di’install’kan kepercayaan baru yang lebih positif. Seterusnya para peserta mengkaji profil diri menggunakan alat profil diri LAB. Para peserta diajar kaedah bagaimana untuk menggunakan kekuatan untuk memacu kejayaan diri mereka di samping mengurangkan kekurangan diri.

Bengkel yang menggalakkan interaksi dua hala di antara para kakitangan

Bengkel yang menggalakkan interaksi dua hala di antara para kakitangan

Mereka juga diajar bagaimana untuk menfokuskan diri kepada apa yang mereka mahu dengan hidup. Bengkel ini diakhiri dengan menguatkan rasa syukur kepada Allah dan berkorban untuk memacu kejayaan diri. Bengkel ini mendapat maklum balas yang amat menggalakkan daripada para peserta. Pelbagai soalan menarik diutarakan kepada Tuan Fauzul Na’im yang menjadikan majlis ilmu ini lebih meriah dengan lontaran ilmu-ilmu baru daripada jurulatihnya.

Pelbagai ilmu baru disampaikan oleh jurulatih kanan

Pelbagai ilmu baru disampaikan oleh jurulatih kanan

Pihak FINE Training Academy mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak MARA di atas kepercayaan yang diberikan. Kepada organisasi yang berminat untuk menganjurkan program serupa di tempat Tuan dan Puan, boleh terus hubungi pejabat di 0341492560 ataupun emel ke info@fineacademy.com.my ataupun guna borang online yang disertakan pada laman web ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *