Membangun TEAM SUPER Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan

17 Mei 2013, Tanjong Demong, Besut –  Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan menganjurkan Kursus TEAM SUPER Re-CHARGE! di Tanjong Demong Beach Resort, Besut, Besut Terengganu. Bengkel 3 hari 2 malam ini dihadiri oleh seramai 120 orang kakitangan di kalangan bilal dan siak seluruh Negeri Kelantan. Kursus ini adalah dengan kerjasama FINE Training Academy Sdn Bhd.

Para peserta tiba ke Tanjong Demong Beach Resort pada 15 Mei dengan menaiki kenderaan masing-masing. Para peserta mendaftar diri dan mempersiapkan diri untuk sesi pertama bersama para jurulatih FINE Training Academy. Jurulatih yang terlibat mengendalikan kursus ini adalah Tuan Fauzul Na’im Ishak dan Tuan Ikram Wazir dengan dibantu oleh 4 orang fasilitator berserta urusetia MAIK.

Program bermula tepat jam 8.30 malam dengan slot INSAN SUPER: Menjadi Agen TEAM SUPER Berlaliber. Pada slot malam juga semua peserta mewujudkan pasukan masing-masing. Mereka membentangkan misi dan visi syarikat berserta logo mereka. Pelbagai nama pasukan yang dipilih dengan logo menarik direka bentuk oleh para ahli pasukan.

Aksi peserta TEAM SUPER

Aksi peserta TEAM SUPER

Hari kedua, acara dimulakan seawal 5.30 pagi dengan solat Subuh serta tazirah pagi oleh Tuan Fauzul Na’im Ishak. Selepas itu slot Survivor Envirohunt yang meliputi beberapa aktiviti dan permainan outdoor. Pelbagai aksi yang menarik dan melucukan ditunjukkan oleh para peserta.

Aksi peserta TEAM SUPER

Aksi peserta TEAM SUPER

Acara berakhir pada hari ketiga dengan ucapan penutupan dan penyampaian sijil oleh Ketua Staff MAIK.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *