Memberi Makna Kepada Penulisan

Tempoh hari saya berpeluang duduk berdiskusi dengan pasukan penulis-penulis di bawah pengurusan RK Training. Kami berdiskusi dan membuat brainstorming produk buku yang bakal ditulis oleh pasukan ini. Banyak perkara menarik keluar daripada perbincangan tersebut yang ingin saya kongsikan bersama semua.

Dalam dunia penulisan seseorang penulis seharusnya boleh menjawab 3 soalan mengenai penulisannya iaitu :

  1. Mengapakah dia ingin menulis
  2. Apakah sebenarnya yang ditulis
  3. Apakah impak yang ingin dia lihat apabila orang membaca karya dia tulis

Ketiga-tiga soalan ini nampak gaya seperti mudah, namun begitu bagi seorang penulis menjawabnya agak sukar. Ada sesetengah penulis dia menulis hanya untuk menulis. Mereka tidak melihat kepada bagaimana memberikan makna kepada penulisan. Dalam kata lain tiada apa-apa perjuangan daripada penulisannya itu.

Pada pandangan peribadi penulisan tanpa makna ataupun perjuangan adalah penulisan sia-sia. Ia tidak boleh digolongkan di dalam segmentasi buku ilmu membumi. Seorang penulis yang baik adalah penulis yang mempunyai visi dan misi dalam penulisannya.

Beliau mempunyai perjuangan tersendiri yang hanya dia rasa perlu lakukan. Apabila penulisan itu mempunyai perjuangan, ia menulis bukan dengan otak semata-mata tetapi dengan hati. Penulisan dengan hati lebih mudah meresap ke hati sanubari pembaca. Inilah jenis penulisan yang memberikan makna.

Comments

  1. Mardhiyah Anuar says

    Saya bersetuju dengan tuan pentadbir akademi. Dalam penulisan, kita memerlukan pengetahuan yang sangat luas bagi mencetuskan ilham dalam penulisan. Ilham sangat penting dalam penulisan. Saya ambil dari seorang penulis indonesia habiburrahman, saya pasti ramai yang mengenali beliau. Menurutnya, ilham itu seperti ikan. Penulis pula seperti pemancing ikan. Akan mendapat ikan yang banyak apabila si pemancing mempunyai pengetahuan yang sangat luas tentang pemancingan. Insya Allah. Sekian. Wallahu A’lam.

  2. Dr. Sabirin bin Ja'afar says

    Saya telah mengikuti tiga bengkel Akademi Penulis tahunj 2010 dan pengetahuan yang saya garap benar-benar membuka minda saya tentang dunia penulisan dan penerbitan di Malaysia. Saya akan mengikuti lagi kursus-kursus yang ditawarkan nanti.

  3. Dr. Sabirin bin Ja'afar says

    Sejak bergelar alumni Akademi Penulis saya telah menulis dengan lebih yakin cuma keletihan selepasa balik kerja selalu menumpulkan idea yang bersarang dalam otak. Maknanya, proses pemindahan dari otak kepada penulisan menjadi perlahan dan apabila lama tidak diaktifkan idea itu terus hilang atau kekal sebagai idea sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *