Ahli Pasukan Perunding Latihan dan Motivasi

Pasukan Perunding Latihan dan Motivasi

FAUZUL NA’IM ISHAK

Master trainer dan pengasas FINE GROUP OF ACADEMIES (FINE Academy). Berfungsi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan FINE Academy. Beliau juga adalah sebagai Pengarah Penerbitan di PTS Media Group Sdn. Bhd. Seorang jurulatih program latihan bertauliah daripada Pembangunan Sumber Manusia Berhad, Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia dan GEM International. Beliau diiktiraf di antara jurulatih paling bertauliah untuk mengendalikan bengkel-bengkel penulisan buku dan ilmiah di seluruh Malaysia. Beliau sudah mengendalikan lebih daripada 300 bengkel penulisan dan pembangunan potensi diri di seluruh Malaysia, Brunei dan Indonesia. Beliau dilantik sebagai Naib Presiden 1, Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Musim Malaysia.

ZAMRI MOHAMAD

Ahli lembaga pengarah dan jurulatih kanan FINE GROUP OF ACADEMIES (FINE Academy). Merupakan jurulatih dan perunding kanan yang aktif mengendalikan bengkel penulisan di dalam dan luar negara. Seorang penulis sepenuh masa dan rakan strategik pembangunan imej organisasi melalui penulisan dan kempen media online serta offline. Beliau sudah menulis 20 buah buku dalam pasaran. Beliau menulis secara aktif dalam akhbar dan majalah sebelum ini antaranya Dewan Ekonomi, Dewan Siswa, Dewan Masyarakat, Minda, Majalah-I dan Mutiara Minda. Seorang jurulatih bertauliah daripada Pembangunan Sumber Manusia Berhad. Aktif dalam melancarkan gerakan pembacaan melalui Baca@LRT, Baca@Komuter dan terlibat secara aktif dalam Perbadanan Kota Buku Berhad.

IKRAM WAZIR

Ahli lembaga pengarah dan jurulatih kanan FINE GROUP OF ACADEMIES (FINE Academy). Pengurus Besar Penerbitan PTS Media Group Sdn. Bhd., syarikat yang menaungi Kumpulan Penerbitan PTS. Graduan jurusan ekonomi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini bermula daripada menjadi seorang editor peroleh di PTS Millennia Sdn Bhd, membangunkan produk-produk buku bestseller di sana. Beliau sering dijemput mengendalikan bengkel-bengkel penulisan dokumen rasmi kerajaan dan bengkel mengalihkan tesis kepada buku bestseller di institusi kerajaan dan institusi pengajian tinggi di seluruh negara. Beliau juga pernah menghasilkan beberapa buah buku antaranya buku bestseller PTS, Anggun Di Luar Serlah Pesona dari Dalam. Beliau juga adalah jurulatih bertauliah di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad.

AHMAD DAN SETAFA

Beliau pernah berkhidmat di Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA), Institut Kemajuan Desa (INFRA), Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri (BKPP), Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) dan Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA). Mulai 2010 telah dilantik menjadi resource person dalam bidang 5s, MPK, FM, SKT, Re-Org, Pengurusan Mesyuarat, Penulisan Minit Mesyuarat dan PKPA yang lain. (Modul MAMPU). Beliau bergerak aktif sebagai penceramah dan jurulatih dalam aspek Protokol Majlis Rasmi, Pengurusan Majlis, Etiket Sosial, Makan Beradab, Penyediaan Teks Ucapan, Pengucapan Awam dan Pengacaraan Majlis.

SALINA IBRAHIM

Seorang yang cukup berpengalaman dalam bidang penulisan fiksyen. Seorang lulusan sarjana muda syariah dari Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Menceburi bidang editorial dan penerbitan sejak 15 tahun lalu. Bermula sebagai editor di Sasbadi Sdn. Bhd. sebelum berpindah ke Kumpulan Karangkraf dengan jawatan yang sama. Jawatan terakhir beliau adalah Editor Kumpulan Majalah Islam di Kumpulan Karangkraf. Baru dilantik sebagai Munsyi Sastera Dewan Bahasa dan Pustaka. Seorang ALUMNI Minggu Penulis Remaja Dewan Bahasa & Pustaka. Sering dijemput mengendalikan bengkel dan ceramah berkaitan sastera dan penulisan fiksyen.

AZREE HANIFIAH

Seorang yang berpengalaman selama 3 tahun sebagai fotografer rasmi bagi sebuah badan NGO antarabangsa WAMY (World Assembly of Muslim Youth) yang berpusat di Arab Saudi. Beliau sering mengadakan bengkel fotografi bagi tujuan bisnes kecil, pendidikan dan korporat. Juga menjadi pengasas untuk Yosh Fotografi iaitu satu komuniti remaja Muslim yang berdakwah melalui foto. Merupakan trainer khusus dalam bidang pembangunan laman web, fotografi dan editing untuk individu, agensi swasta, badan kerajaan dan universiti.

FARAH LINA ABDUL RAHIM

Beliau mendapat kelulusan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi MARA dalam jurusan Komunikasi dan Media (Perhubungan Awam). Minat dalam pembangunan imej dan personaliti mendorong beliau mencebur diri sebagai Perunding Imej Profesional. Beliau mendapat kursus intensif dan sekaligus diiktiraf sebagai Perunding Imej Profesional oleh Training Cube International Sdn. Bhd. Banyak mengendalikan bengkel dan kursus berkaitan pembinaan imej diri, kerjaya dan kecantikan di kalangan para pelajar institusi pengajian tinggi awam, swasta juga agensi kerajaan. Bidang kepakaran beliau adalah dalam pengurusan Imej iaitu Grooming, Penjagaan kulit dan Solekan (Make Up), Gaya Personaliti, Analisis Warna, Dress Sense, Business, Social Etiquettes.

ISKANDAR SYAH ISMAIL (DR. BUBBLES)

Merupakan trainer dan pengasas Dr Bubbles yang mencetus fenomena doktor badut atau clown doctor di Malaysia.  Memperkenalkan pengurusan empati, simpati dan stress secara kreatif bagi keperluan hospital-hospital di seluruh negara dan dapat diaplikasi dalam amalan kerjaya. Kreativiti beliau terserlah melalui pengenalan gerakan perpustakaan rumah anak yatim yang selama ini menjadi ‘tempat pembuangan sampah’ buku-buku terpakai. Beliau menggunakan kaedah sinergi dan menginovasikan gaya kerja amal cara baru yang bersifat segar, kontemporari dan relevan.

NOR HAYATI REDZWAN

Pensyarah, penulis dan penterjemah buku. Berkelulusan Ijazah dan Sarjana dalam bidang Usuluddin dan Perbandingan Agama dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau adalah salah seorang anggota Tim Pengkaji Hadith yang mengkaji prinsip psikologi, strategi, metod, prosedur, prioriti, teknik dan taktik Nabi Muhammad. Beliau juga berpengalaman melatih dan mendorong kakitangan awam dalam bidang Kreativiti & Inovasi dan Pengurusan Stres untuk kakitangan Kementerian Pengajian Tinggi.

SYAHRUL NIZAM JUNAINI

Pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sarawak. Pakar perunding latihan dan motivasi dalam bidang komunikasi dan penulisan. Sering dijemput untuk mengendalikan bengkel-bengkel persembahan hebat melalui Power Point, bengkel penulisan jurnal dan buku, bengkel kemahiran memperkukuhkan dan memperkasakan pengaruh. Sudah menghasilkan dua buah buku yang diterbitkan di PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. iaitu Seni Pengaruh dan Persembahan Hebat dengan Power Point.