Pantai Chenang Platform Membangunkan Kumpulan Jurulatih Perbadanan Putrajaya

13 November 2013, Pantai Cenang, Langkawi - Unit Keselamatan Jalanraya, Perbadanan Putrajaya menganjurkan Kursus TEAM SUPER Re-CHARGE di Sandy Beach Resort, Langkawi. Bengkel yang dijalankan selama 3 hari 2 malam ini melibatkan para jurulatih daripada pelbagai agensi seperti BOMBA, JPJ dan Polis yang menjadi jurulatih untuk program kendalian mereka. Kursus train the trainer berbentuk team building ini adalah dengan kerjasama FINE Training Academy Sdn Bhd.

Peserta Team Super sedang menbentangkan identiti pasukan.

Peserta Team Super sedang menbentangkan identiti pasukan.

Kursus hari pertama bermula pada 10 November 2013. Para peserta mendaftar diri di Sandy Beach Resort, Pantai Chenang, Langkawi bermula jam 2.30 petang. Kesemuanya menaiki bas yang disediakan oleh pihak Perbadanan Putrajaya dan bertolak daripada Putrajaya malam 9 November 2013. Mereka berlayar ke Langkawi melalui Terminal Jeti Kuala Kedah.

Gelagat peserta Team Super menyelesaikan tugas

Gelagat peserta Team Super menyelesaikan tugas

Program hari pertama bermula jam 8.30 malam. Para jurulatih dan fasilitator kursus sudah membuat persiapan sejak jam 2.30 petang. Segala perancangan berkaitan tempat untuk aktiviti dibuat lebih awal bagi melancarkan segala perancangan yang dilakukan. Pasukan pengendali kursus diketuai oleh Tuan Fauzul Na’im Ishak sebagai jurulatih utama dengan dibantu para fasilitator yang juga perunding sumber manusia junior di FINE Academy.

Program bermula tepat jam 8.30 malam dengan sesi ‘ice breaking’. Para peserta dibahagikan dalam beberapa kumpulan dan ditugaskan untuk mewujudkan identiti pasukan mereka. Dalam sesi ini, para peserta perlu membentangkan logo, visi dan misi syarikat kepada jurulatih yang terlibat. Markah akan diberikan berdasarkan kreativiti, kerjasama dan persembahan mereka.

Menyelesaikan salah satu tugasan melibatkan pelancong di sekitar pantai

Menyelesaikan salah satu tugasan melibatkan pelancong di sekitar pantai

Hari kedua, acara dimulakan seawal 5.30 pagi dengan solat Subuh dengan tazkirah pagi diketuai oleh Tuan Fauzul Na’im Ishak. Selepas itu, slot senaman pagi diadakan sebelum memulakan slot Survivor Envirohunt. Dalam slot ini, terdapat 10 tugasan dan permainan yang harus diselesaikan seperti antaranya Selamat datang ke Malayssia, Jaga Hartamu dan Survival Hidup. Pelbagai aksi yang menarik dan lucu ditunjukkan oleh para peserta ketika menjayakan slot ini. Dengan semangat kerjasama dan ketabahan yang mereka tunjukkan, mereka akhirnya berjaya menyelesaikan kesemua tugasan yang diberikan.

Petang harinya, kesemua kumpulan diberikan tugasan untuk membuat persembahan berbentuk pentomen di malam harinya. Kesemuanya perlu menunjukkan kreativiti dan kerjasama terbaik dalam persembahan ini. Pelbagai gaya persembahan yang dibentangkan, ada yang lucu, ada sedih, ada menusuk ke jiwa dan pastinya ia menghiburkan. Turut hadir dalam persembahan adalah para pelancong yang turut menginap di hotel yang sama.

Antara persembahan yang mencuit rasa penonton

Antara persembahan yang mencuit rasa penonton

Upacara penyampaian hadiah dan sijil

Upacara penyampaian hadiah dan sijil

Hari ketiga adalah hari terakhir, selepas slot senaman para peserta para peserta perlu menyelesaikan tugasan terakhir yang merupakan slot kemuncak program TEAM SUPER. Ia dipanggil PERCAYAI DAKU. Ini bagi menguji sejauh mana kepercayaan yang diberikan oleh individu dalam kumpulan pada kawan masing-masing. Alhamdulillah ia dapat diselesaikan dengan baik oleh para peserta.

Penyampaian sijil dan hadiah kepada peserta disempurnakan oleh Puan Azizah Yussof, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Keselamatan Jalan Raya Perbadanan Putrajaya. Kepuasan dan keseronokan kelas terpancar di mata para peserta yang menghadiri kursus selama 3 hari 2 malam ini.

Kepada mana-mana organisasi berminat untuk mengadakan kursus serupa, boleh terus menghubungan Cik Noranita di talian 016 2605 506 ataupun pejabat 0341492560 ataupun emel ke info@fineacademy.com.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>