Para Peserta JPKK Didedahkan Kaedah High Impact Presentation

3 Disember 2013 – FINE Training Academy telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan sebuah kursus berkaitan dengan kemahiran membentang (presentation skill) anjuran Jabatan Pengajian Kolej Komuniti Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kursus yang berjudul High Impact Presentation itu diadakan pada 1 hingga 3 Disember 2013 bertempat di Kolej Komuniti Kuala Terengganu. Kursus di Kuala Terengganu ini adalah untuk kumpulan kedua di bawah kursus Career Path Competencies Matrix (CPCM). Sebelum ini FINE Academy mengendalikan kursus serupa di Kolej Komuniti Jasin, Melaka.Seramai 18 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah Kolej Komuniti seluruh Malaysia menyertai program ini. Program ini dikendalikan sendiri oleh Tuan Fauzul Na’im Ishak bersama Tuan Zamri Mohamad.

IMAG1883

Sesi hari pertama bersama dengan Tuan Fauzul Na’im Ishak

Bengkel ini mendedahkan kepada para pensyarah Kolej Komuniti mengenai kaedah pembentangan yang berwibawa dan berimpak tinggi. Kaedah yang diperkenalkan adalah berdasarkan kajian dan praktis yang dijalankan oleh jurulatih profesional FINE Training Academy. Bengkel ini dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu Pembentang, Peserta, Pembentangan dan Penilaian.

Pada hari pertama para peserta didedahkan bagaimana untuk membuat persediaan minda sebagai seorang pembentang. Ia berkaitan dengan persepsi dan tanggapan para pembentang mengenai pembentangan yang akan bakal dilakukan. Tuan Fauzul Na’im Ishak menerangkan mengenai 7 RUKUN PEMBENTANG SUPER dan bagaimana untuk mengaplikasikan rukun-rukun tesebut ke dalam pembentangan. Beliau juga berkongsi kaedah bagaimana meletakkan diri seorang pembentang dalam SITUASI PEMBENTANG SUPER dan juga meletakkan diri peserta dalam SITUASI PESERTA (learning state).

Kaedah COACH: pemantapan .inda seorang Pembentang

Kaedah COACH: pemantapan .inda seorang Pembentang

Kemudiannya para peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan untuk melaksanakan tugasan pembentangan yang akan dipantau secara individu oleh Tuan Fauzul, Tuan Amir dan Tuan Zamri. Dalam bahagian ini peserta didedahkan dengan cara bagaimana untuk menwujudkan hubungan baik dengan peserta bagi mengurangkan penentangan. Para peserta juga didedahkan bahasa badan untuk pembentang yang efektif.

Tuan Zamri menerangkan kaedah membentang menggunakan flip chart

Tuan Zamri menerangkan kaedah membentang menggunakan flip chart

Pada sesi seterusnya Tuan Zamri memberikan input mengenai gaya SLIDEOLOGY dalam power point dan flip chart. Ini adalah kaedah yang diamalkan oleh para pembentang hebat dunia sepertimana Steve Jobs dan Al-Gore.Tuan Zamri juga mendedahkan kaedah pembentangan menggunakan power point dan flip chart. Pada hari akhir, setiap peserta dikehendaki untuk membuat pembentangan di hadapan para jurulatih dilantik bagi tujuan audit prestasi.

Para peserta menghadapi 'worst case scenario'

Para peserta menghadapi ‘worst case scenario’

Pihak FINE Training Academy mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Jabatan Pengajian Kolej Komuniti Malaysia atas kepercayaan yang diberikan. Kepada agensi kerajaan ataupun swasta yang berminat untuk mengadakan kursus ini di tempat Tuan dan Puan boleh hubungi Pengurus Diviyen Latihan, Cik Noranita di talian (+6) 016 2605506 ataupun hubungi pejabat urusan FINE Training Academy di talian (+6) 03 4149560.

Pembentangan untuk sesi penilaian

Pembentangan untuk sesi penilaian

Peserta seterusnya

Peserta seterusnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *