Peluang Kerjaya

FINE Academy menyediakan pakej pendapatan (gaji) yang menarik termasuk:

  • bekerja 5 + 1/2 hari (cuti pada sabtu pertama dan sabtu ketiga)
  • Kadar gaji bulanan dan komisyen menarik
  • Latihan dalaman disediakan
  • Socso, EPF dan bayaran untuk urusan perubatan

FINE Academy mencari calon yang sesuai untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

EKSEKUTIF JUALAN & PEMASARAN (PROGRAM LATIHAN)

Peranan

  • Mengenal pasti prestasi bisnes bagi semua program promosi untuk semua program kendalian FINE Academy
  • Menyediakan, merancang dan melaksana strategi jualan dan pemasaran program FINE Academy
  • Mendapatkan sebanyak mungkin peluang bisnes dan mencapai sasaran jualan, keuntungan dan pengembangan bersesuaian dengan objektif syarikat
  • Mengetuai pasukan jurujual profesional
  • Mengekalkan hubungan baik dengan pelanggan dan memperkukuhkan kekuatan syarikat bagi mendapatkan lebih ramai pelanggan berkualiti

Kelayakan

  • Para calon perlu memperoleh sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang jualan, pemasaran, pengurusan acara dan bidang yang sewaktu dengannya (bekas mahasiswa yang pernah gagal keluar daripada IPT digalakkan memohon)
  • Mempunyai kemahiran: Microsoft Office, MS Excel, Pages, Numbers
  • Kemahiran berbahasa: Inggeris dan Melayu
  • Mempunyai sekurang-kurangnya pengalaman 2 tahun, graduan baru digalakkan memohon
  • Calon yang aktif dalam persatuan mahasiswa mempunyai kelebihan

Alamatkan permohonan ke:

FINE Training Academy Sdn Bhd
9-2 Jalan Wangsa Setia 3
Wangsa Melawati53300
Kuala Lumpur
MALAYSIA
Tel: 03 4149 2560/4131 4082
Faks: 03 4149 3560
Emel: info@fineacademy.com.my

Tarikh akhir penghantaran resume adalah 1 Januari 2014