Pembongkaran Profil DiSC di KPTM Semporna

Program Re-Code DISC! Transformasi Insan Super KPTM telah memulakan siri penjelahan ke seluruh KPTM di Malaysia dengan memilih KPTM Semporna sebagai KPTM pertama untuk ditransformasikan selaras dengan misi KPTM untuk menjadi sebuah organisasi pendidikan bertaraf dunia. Pasukan FINE Academy yang diketuai oleh Tuan Fauzul Na’im Ishak dan diiringi Pengurus Divisyen Latihan, En. Mustaffa Mohammed Kassim telah berlepas ke KPTM Semporna pada 19 September dan telah disambut oleh Pengarah KPTM Semporna yang masih dalam cuti sakit, Tuan Samsudin Abdullah bersama Timbalan Pengarah, Tuan Jaspy b Piting.

Re-Code DISC! KPTM Semporna ini telah disertai oleh semua kakitangan KPTM Semporna seramai 37 orang yang dibahagikan kepada 2 kumpulan. Dalam usaha memajukan diri dan organisasi, penyertaan semua peserta di tahap yang cemerlang di mana semua peserta amat berpuas hati dengan perjalanan aktiviti dalam program ini.

Menurut seorang peserta, Suhadah, banyak aktiviti-aktiviti menarik yang mengandungi pengajaran dalam suatu organisasi. Selain itu, dapat mengetahui kelebihan dan kelemahan diri dalam satu organisasi serta dapat merancang misi dan visi hidup.

Aktiviti kenali potensi diri melalui analisa profil DISC amat menarik perhatian semua peserta kerana hasil analisa yang dijalankan kerana analisa ini membongkar sifat semulajadi dalam diri peserta dan mengelakkan tersalah nilai terhadap peserta lain.

 

Peserta bergambar kenangan bersama penceramah dan Pengarah KPTM Semporna

Kepada mana-mana individu berminat untuk mendapatkan khidmat perundingan ini boleh berbuat demikian di laman berikut http://www.fineacademy.com.my/disc/analisa-profil-disc.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>