Pembukaan Pusat Latihan Akademi Penulis, Pusat Latihan Penulisan Pertama di Malaysia

Akademi Penulis dengan berbesar hati mengumumkan pembukaan ruang baru Akademi Penulis. Sebelum ini Akademi Penulis beroperasi di lantai 9-2 Jalan Wangsa Setia 3 Wangsa Melawati Kuala Lumpur. Ia berkongsi pejabat dengan syarikat induknya Fauzul Na’im Sdn. Bhd. (FNSB) dan syarikat bersekutu lain. Pihak pengurusan FNSB untuk menyewa satu lagi unit di tingkat bawah pejabat urusan ini khusus untuk mewujudkan Pusat Latihan Akademi Penulis. Selepas ini Pusat Latihan Akademi Penulis akan berfungsi di lantai 9-1 Jalan Wangsa Setia 3 Wangsa Melawati Kuala Lumpur.

pintu masuk

Pintu masuk ke ruang yang bakal menempatkan Pusat Latihan Akademi Penulis

ruang bakal direnovasi

Ruang yang bakal direnovasi menjadi Pusat Latihan Akademi Penulis

Deposit dan sewaan bagi unit ini sudah diselesaikan pada hari ini. Gerak kerja pengubahsuaian bangunan akan bermula 1 Julai 2010. Dijangkakan Pusat Latihan Akademi Penulis ini dapat memuatkan seramai 30 orang peserta pada satu-satu masa. Ia akan menjadi pusat latihan penulisan pertama di Malaysia yang mempunyai ruang latihan sendiri. Di samping itu juga pusat latihan ini dapat mengurangkan kos pengendalian program yang menyebabkan yuran program dapat diturunkan. Peserta membayar kurang dengan nilai yang lebih.

Sehubungan dengan itu, bermula Julai keseluruhan program anjuran Akademi Penulis secara PUBLIC (terbuka untuk orang awam) akan diadakan di Pusat Latihan Akademi Penulis ini. Program pertama yang akan diadakan di sini adalah Bengkel Penulis Super pada 30 Julai hingga 1 Ogos 2010 ini. Maklumat lanjut mengenai program ini boleh dirujuk di www.penulissuper.com.

Tahniah kepada pasukan Akademi Penulis atas kejayaan ini. Semoga pengwujudan Pusat Latihan Akademi Penulis ini akan merancakkan lagi program pembangunan penulisan dan dapat melahirkan lebih ramai penulis di tanahair kita khusus dan dunia amnya.

Comments

  1. Hardinal says

    sy amat menyokong segala usaha oleh pihak encik untuk melahirkan lebih ramai penulis dikalangan rakyat malaysia sendiri..semoga usaha ini membuahkan hasil,saya juga sebenarnya amat tertarik dengan pengumuman terbaru ini dan berharap berpeluang untuk bersama di dalam program ini nanti..insyallah ..

  2. says

    Alhamdulilah,

    Saya amat berbangga dengan usaha tuan Fauzul. Usaha sebegini wajar diambil perhatian kerana anda di antara segelintir yang berusaha keras dan bergerak ke depan. Saya teringin juga nak datang ke seminar tuan di Pusat Latihan tersebut. Mungkin, mana tahu suatu hari saya akan jalankan seminar saya juga di pusat ini. Tahniah!

    Mohd Zaini Nanyan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *