Pengurus Divisyen Jualan & Pemasaran FINE Academy Menamatkan Zaman Bujang

Alhamdulillah. tanggal 25 November 2011, tarikh keramat dua hati sudah bersatu. Tuan Alizan Nasyran Mohd Shaupi, Pengurus Divisyen Jualan & Pemasaran FINE Academy dengan pasangannya Puan Suhaida Abdul Jalil diijabkabulkan.

Tuan Alizan adalah individu yang banyak menggerakkan aktiviti jualan dan pemasaran program latihan FINE Academy di peringkat agensi kerajaan dan swasta. Graduan Universiti Utara Malaysia ini sudah berkhidmat di sini selama hampir 1 tahun. Beliau bertunang dengan Puan Suhaida sejak beberapa bulan ini dan sekarang sudah rasmi sebagai suami isteri.

Pihak pengurusan FINE Academy mengucapkan tahniah kepada beliau, didoakan mereka berbahagia hingga ke akhir hayat. Di sini dikongsikan beberapa gambar kemeriahan majlis yang berlangsung di Bukit Jalil, Selangor bersempena dengan majlis resepsi sebelah pengantin perempuan. Keseluruhan ahli keluarga FINE Academy termasuk Presiden, Tuan Fauzul Na’im Ishak dan isteri juga Timbalan Presiden, Puan Nurulhilyati Abdul Halim dan jurulatih kanan FINE Academy, Tuan Zamri Mohamad.

Pengantin lelaki tiba ke rumah pengantin perempuan

Pengantin lelaki tiba ke rumah pengantin perempuan

Presiden FINE Academy, Fauzul Na'im Ishak dan Isteri, ayahanda, anakanda-anakanda, Tuan Zamri Mohamad dan saudara Mustaffa

Wajah ceria pasangan mempelai

Bersuapan si raja sehari dengan permaisurinya

Keluarga FINE Academy bergambar kenangan dengan pasangan raja dan permaisuri sehari

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *