PENULIS SUPER: Langkah Seribu Penulis Buku Bestseller

Utama

Apabila menyebut mengenai dunia penulisan buku, pelbagai persepsi yang diberikan kepadanya. Persepsi positif dan persepsi negatif. Persepsi negatif seperti orang Malaysia tidak membaca buku, menulis buku tidak boleh menjana pendapatan dan buku yang ditulis tidak dapat dijual seringkali mewarnai dunia penulisan buku. Pandangan sebegini yang menjadikan dunia penulisan buku malap. Namun walaupun ada pandangan dan kata-kata sebegini dilontarkan, tetap industri ini berkembang pesat pada kadar yang menggalakkan.

Setiap tahun pesta-pesta buku yang dianjurkan di Malaysia mendapat sambutan menggalakkan. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) sebagai contoh, menjana kehadiran sehingga melebihi sejuta pengunjung setiap tahun selama 3 tahun berturut-turut sejak tahun 2009. Ia menjadikan PBAKL sebagai pesta buku paling ramai pengunjung di rantau ini, menumpaskan negara-negara yang lebih ramai penduduk seperti Indonesia dan Thailand.

Laporan jualan buku para penerbit buku dan pekedai buku juga meningkat daripada tahun ke tahun. Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada beberapa penerbit buku besar Malaysia, jualan mereka berkembang sekurang-kurangnya 30 peratus setiap tahun. Pertumbuhan penerbit-penerbit buku dan kedai-kedai buku seumpama cendawan di waktu pagi amat signifikan dengan statistik ini.

Para pengarang buku sekarang amat berbeza berbanding pengarang-pengarang buku terdahulu. Gaya hidup mereka sudah setaraf dengan para individu golongan pertengahan yang menikmat hidup mewah. Ada pengarang yang menjana pendapatan 6 angka setiap tahun setiap kali royalti mereka diumumkan oleh penerbit.

Kesemua ini menafikan pandangan-pandangan negatif ini. Namun persoalannya, buku yang bagaimana mampu menembusi pasaran dengan baik? Kita akan jawab nanti :)

Menjadi Pengarang Bestseller

Penulis bestseller bukan suatu yang magis untuk dicipta secara tiba-tiba. Ia adalah suatu proses organik dengan persediaan, persiapan, perancangan dan proses penulisan teliti si penulis. Sehingga sekarang tidak ada satu penerbit di dunia yang boleh meramalkan buku apa dan penulis mana boleh menjadi bestseller.

Namun begitu kita boleh lihat banyak ciri yang sama di antara satu buku bestseller dan buku bestseller yang lain. Pesona bintang yang sama antara seorang penulis bestseller dengan penulis bestseller yang lain. Perkara yang wajib tahu oleh semua pengarang di Malaysia.

Ingin tahu bagaimana? Kita akan jawab nanti :)

KLIK DI SINI

Program yang Memberikan Jawapan Persoalan Tuan dan Puan

Jawapan Tuan dan Puan berada di sini. Jawapannya berada di program Bengkel PENULIS SUPER: Langkah Seribu Penulis Buku Bestseller.

Program PENULIS SUPER direka dengan input paling komprehensif dunia penulisan dan penerbitan buku Malaysia dan antarabangsa. Program yang disusun berdasarkan pengalaman penulis, penerbit dan pekedai buku seantero Malaysia dan dunia. Kajian mendalam para pakar industri perbukuan yang diiktiraf antara terbaik dalam pasaran.

Program PENULIS SUPER merangkumi 3 fasa modul iaitu :

Fasa 1 : Fasa Pra Penulisan

Perancangan penulisan adalah perkara yang amat kritikal dalam penulisan. Pemilihan topik dan bidang sering kali menjadikan pengarang hilang fokus dalam menghasilkan sesebuah karya berkualiti. Di samping itu juga kurangnya pengetahuan kepengarangan seperti hak cipta dan hak penulis, undang-undang libel, senario semasa penerbitan dan penulisan buku, kaedah merancang manuskrip dan bagaimana menghantar manuskrip kepada penerbit yang tepat menyebabkan wujud pelbagai masalah kepada diri penulis sepanjang kerjaya sebagai seorang penulis. Dalam fasa ini, para penulis akan menguasai topik-topik penting ini.

Fasa 2 : Fasa Penulisan

Teknik menulis yang efektif dan efisien amat penting dalam memastikan penghasilan karya berkualiti. Buku yang mesra pembaca menjadikan sesebuah karya itu lebih mudah diterima dalam pasaran. Kaedah pengolahan idea yang baik, pengwarnaan penulisan dan penataan ayat tersusun menjadi permulaan langkah baik dalam menghasilkan karya bestseller. Dalam fasa ini para penulis didedahkan dengan maklumat terkini dalam topik-topik berkaitan.

Fasa 3 : Fasa Pasca Penulisan

Buku yang baik dan mesra pembaca bukan sahaja bergantung pada topik dan bidang dipilih. Faktor tatabahasa dan pengolahan ayat amat penting dalam memastikan sesebuah buku mudah difahami oleh pembaca. Di samping itu juga penjagaan indeks kabus atau indeks kebolehbacaan menjadi titik tolak dalam hal ini. Di fasa ini para penulis akan didedahkan kaedah menghasilkan karya mesra pembaca. Di samping itu juga para penulis akan diberikan info mengenai dari mana datangnya wang dalam penulisan dan kaedah pemasaran efektif karya.

Ingin menyertainya? Klik pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat bagaimana Tuan dan Puan dapat merealisasikan impian Tuan dan Puan itu.

KLIK DI SINI

Jurulatih Bengkel

Fauzul Na’im Ishak pernah mengikuti pengajian di peringkat Sarjana Muda Kejuruteraan Letrik di Fakulti Kejuruteraan Letrik, Universiti Malaya. Beliau memulakan kerjaya dalam bidang penerbitan buku seawal usia 23 tahun. Meniti kerjaya daripada menjadi seorang editor perolehan hingga sekarang menjadi Pengarah Penerbitan di PTS Media Group Sdn Bhd., kumpulan syarikat penerbitan buku diiktiraf industri penerbitan buku sebagai penerbit buku berbahasa Melayu no. 1 Malaysia. Beliau juga adalah pengarah untuk beberapa anak syarikat PTS. Beliau adalah pengasas, presiden dan master trainer di FINE Training Academy Sdn Bhd. Beliau diberikan kepercayaan untuk memegang jawatan sebagai Naib Presiden 1, Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN)

Kepakaran

  • Diiktiraf sebagai antara jurulatih paling berkaliber dalam industri buku Malaysia bagi mengendalikan bengkel penulisan mengikut input dan standard industri buku terkini Malaysia.
  • Seorang pakar penganalisa profil DiSC, sebuah kaedah profil manusia yang digunakan secara meluas di seluruh dunia, digunakan dalam pelbagai syarikat korporat besar Malaysia dan dunia.
  • Berkepakaran dalam membangunkan potensi diri dan komunikasi manusia serta perundingan berasaskan Neuro-Linguistic Programming (NLP) dan DiSC.

Pencapaian

  • Tauliah Fauzul NaimMengendalikan lebih daripada 280 bengkel penulisan buku dan penerbitan kepada lebih daripada 12,000 peserta di seluruh Malaysia, Indonesia dan Brunei sejak 2003.
  • Dijemput untuk memberikan ceramah penerbitan buku untuk para pengarah urusan, pengarah, pemilik dan kakitangan tertinggi penerbit buku di bawah Ikatan Penerbit Buku Indonesia (IKAPI) Cawangan Jakarta pada Mesyuarat Agong IKAPI Cawangan Jakarta pada tahun 2009.
  • Diberikan kepercayaan untuk menjalankan Analisa Profil DiSC dan mengendalikan bengkel pembangunan potensi bertajuk Re-CODE! Transformasi Insan Super untuk keseluruhan 1,180 orang kakitangan Kolej Poly-Tech MARA seluruh Malaysia pada tahun 2011.

Tauliah

  • Certified NLP Practitioner di bawah American Board Of NLP (ABNLP)
  • Certified Timeline Therapy™ di bawah The Timeline Therapy™ Association
  • Certified LAB Profile for Coaching Practitioner di bawah Asia Mind Dynamics Sdn Bhd
  • Certified Practitioner Of Hypnotherapy di bawah The American Board Of Hypnotherapy
  • Jurulatih Bertauliah (Certified Trainer) Pembangunan Sumber Manusia Berhad
  • Jurulatih Bertauliah (Certified Trainer) GEM International
  • Jurulatih Bertauliah (Certified Trainer) Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN)
  • Professional Learning Facilitator Mastery Take Charge Sdn Bhd
  • Jurulatih dan Penganalisa Bertauliah (Certified Trainer & Profile Analyst) DiSC Hann Consulting (Asia) Sdn. Bhd.

Tuan dan Puan mahu untuk menyertai program PENULIS SUPER: Langkah Seribu Penulis Buku Bestseller. Klik butang di bawah untuk mendaftar

KLIK DI SINI

Tarikh, Tempat Program & Pengisian Modul

Bengkel

PENULIS SUPER: Langkah Seribu Menjadi Penulis Buku Bestseller

akan diadakan pada

26 hingga 27 Mei 2012

bertempat di FINE HALL 1, FINE Academy, 9-1 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati 53300 Kuala Lumpur. Boleh layari peta yang disediakan oleh Google Map di bawah

Pengisian Program adalah seperti berikut:

Modul 1: Dunia Penulisan & Penerbitan : Motivasi & Pengalaman

  • Siapa Penulis Super?
  • Jenis-jenis penulisan
  • Apakah sebab seseorang tidak boleh menulis?
  • Mitos-mitos dunia penulisan & penerbitan buku
  • Apakah itu buku yang baik?

 Modul 2: Pengarang & Undang-undang : Kenali Hak Anda

  • Hak cipta, paten dan cap dagangan
  • Karya-karya yang dilindungi hak cipta
  • Bagaimanakah untuk melindungi hak cipta
  • Bagaimana untuk mengambil tindakan apabila berlaku perlanggaran hak cipta

Modul 3: Memulakan Langkah Sebagai Seorang Pengarang

  • Penemuan dalam diri
  • Menguasai minda pembaca dengan teknik konsep buku pandangan makro (5W + 1H) dan pandangan mikro
  • Menggunakan 6 Topi berfikir dalam menjana idea
  • Bagaimana untuk membuat Peta Buku
  • Membina konsep, fokus dan jenama dalam penulisan 
  • Membuat draf proposal buku untuk penilaian

Modul 4: Teknik Menulis Efektif dan Efisien : Tulis, Rakam & Susun

  • KJ Metode : Teknik menulis untuk orang sibuk
  • Menghasilkan jalan cerita (storyline)
  • Menstrukturkan buku
  • Menguasai teknik menulis dengan Hukum Hubungan (The Law Of Connection) untuk menghasilkan buku mesra pembaca

Modul 5: Teknik Adaptasi : Teori & Praktikal

  • Apa yang boleh dan apa yang tidak dalam mengadaptasi karya orang lain
  • Beza antara terjemah dan adaptasi
  • Kaedah tulis, terjemah, adaptasi dan membina jalan cerita
KLIK DI SINI

Testimonial dan Galeri

Testimonial Video

Testimonial Dato’ Ab Rahim

Testimonial Cik Puan Nurakmal Fardiana

Testimonial Puan Zabrina A Bakar

Testimonial Puan Mawaddah Ali

Testimonial Dr. Mohd Amri Lajis

Testimonial Tuan Ahadin Arinen

KLIK DI SINI

Testimonial Bertulis Para Peserta Bengkel Lalu

Ia membuka minda terhadap suatu bidang kerjaya yang boleh menjamin masa depan. Selain dari itu, program ini menjelaskan perkara-perkara penting dalam bidang penulisan dan penerbitan.

-Farid bin Jamaludin, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Senggara Fasiliti Jalan, JKR

Memberi pendedahan komprehensif dalam bidang penulisan yang berstruktur.

-Hizamul-Din Ab. Rahman, Jurutera Elektrik, JKR

Telah memberi ilmu dalam menghasilkan penulisan yang boleh menjadi rujukan generasi masa depan. Perjalanan kursus baik dan penceramah ikhlas dalam menyampaikan ilmu.

-Mohd Aminudin Md Amin, Pengarah JKR

Isi Kursus adalah relevant dengan keperluan dan tujuan peserta menghadiri kursus ini. 

Kamaluddin Abdul Rashid, Ketua Pengarah Kanan, Cawangan Kej. Awam, Struktur dan Jambatan, Ibu Pejabat JKR Malaysia

Telah membekalkan saya dengan asas-asas untuk menjadi penulis, turut mencadangkan dan mengajarkan contoh-contoh hidup yang amat bernas dan membantu. Tahniah.

-Siti Nur Nabilah binti Nasri, Pelajar USM Penang

Penyampaian bersemangat. Tahniah dan syukur. Perkongsian ilmu telus dan sepenuh hati. Terima kasih kepada seisi keluarga En. Fauzul Na’im sdn.bhd. 3 hari bersama sungguh indah, semoga Allah s.w.t merahmati kalian semua. Amin.

-Norashikin Muhammad, Pendidik, Kementerian Pendidikan Malaysia

Menarik minat untuk meneruskan penulisan dan rasa tanggungjawab untuk menyampaikan ilmu yang ada kepada masyarakat. Banyak ilmu yang saya perolehi melalui penulisan, dimana sebelum ini amat kabur mengenai penulisan ini.

-Nor Azrina Ali, Pegawai Pergigian, Fakulti Pergigian USIM

KLIK DI SINI

Galeri Bengkel Terdahulu

Bengkel Penulisan Buku Islami Popular Institut Kefahaman Islam Malaysia

KLIK DI SINI

Bengkel Penulisan Ilmiah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

KLIK DI SINI

Bengkel Penulisan Buku Jabatan Kerja Raya Malaysia

 

KLIK DI SINI