Penyertaan Seminar Jana Wang Dengan Menulis 2 Paling Ramai

Alhamdulillah, Seminar Jana Wang Dengan Menulis 2 yang akan diadakan pada 20 Jun 2009 mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Penyertaan sudah ditutup pada hari Ahad 14 Jun 2009 jam 12 tengah malam. Namun begitu panggilan telefon individu dan organisasi yang ingin menjadi peserta ke pejabat Akademi Penulis masih bertalu-talu hingga hari ini. Penyertaan sehingga jam 6 petang tadi adalah 47 orang peserta dan pihak kami sudah muktamad tidak menerima sebarang penyertaan lain lagi selepas ini.

Bengkel Praktikal Penulis Bestseller juga mendapat sambutan menggalakkan. Pihak Akademi Penulis meletakkan sasaran hanya 20 orang peserta kerana tempat bengkel terhad. Namun begitu permintaan amat menggalakkan hingga ketika ini sudah ada 28 orang peserta yang mendaftar diri. Kami sudah menutup pendaftarannya hingga jam 6 petang tadi.

Mungkin ada yang bertanya mungkinkah program di atas ini akan diteruskan di masa hadapan? InsyaAllah kita hanya mampu merancang hanya Allah sahaja penentunya. Sehingga sekarang pihak pengurusan sudah bersetuju untuk menamatkannya. Namun begitu apapun boleh berlaku di masa hadapan.

Comments

  1. mohd riduwan says

    Assalamualaikum,
    Saya ingin bertanya, mengapakah seminar jana wang dengan menulis tidak akan dianjurkan lagi pada masa akan datang, sedangkan sambutannya amat menggalakkan?

    • says

      Tuan Riduwan,

      Banyak faktor yang kami ambil kira dalam membuat keputusan sukar ini. Antaranya :

      a) Masa yang singkat (1 hari) menyebabkan banyak perkara yang sepatutnya masuk dalam modul tidak dapat disampaikan kerana masa terhad
      b) Penjenamaan yang tidak sesuai dengan para peserta kerajaan yang tidak suka program berorientasikan wang.
      c) Format yang perlu dikaji semula

      InsyaAllah Tuan, pihak Akademi Penulis dalam proses merancang program yang lebih baik dan lebih komprehensif. Namun begitu pihak kami akan tetap mengambil perhatian mengenai keperluan meneruskan program seminar sebegini di masa hadapan.

      Terima kasih atas sokongan Tuan kepada program kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *