Perkhidmatan

Apapun jenis organisasi, rencam aktivitinya, pelanggan yang dikendalikan dan transaksi harian dilakukan kesemuanya mahu untuk mencapai misi dan visi yang digagaskan oleh pihak pemilik atau pengurusan tertingginya. Setiap visi dan misi ini dirancang bagi mempastikan organisasinya dapat melangkah lebih jauh dan menggapai kejayaan di masa akan datang. Organisasi cemerlang sepertimana organisasi Anda mempunyai karakter tersendiri yang unik, iaitu ‘lapar’kan kejayaan. Lapar dengan erti kata mahukan input dan kemahiran yang terbaik sebagai makanan jasmani, emosi, rohani dan intelek ahlinya.

Atas ‘lapar’ inilah menyebabkan Anda dan organisasi seperti Anda mahu mencari perunding latihan dan jurulatih terbaik bagi membantu, organisasi untuk terus kompetitif, mengalami dan memacu ke peringkat bukan hanya menggapai hasil luar biasa tetapi kepuasan sebenar. Pasukan perunding yang terpilih perlulah memenuhi kualiti tertinggi, mempunyai kemahiran dalam bidang yang disampaikan, berpengalaman dengan kajian kes dan contoh membumi dengan praktis terbaik industri, aktiviti dan perbincangan dalam program yang mengujakan dan menyeronokkan hingga menyebabkan kursus berlangsung berhari-hari masa terasa sekejap sahaja, dengan input memenuhi kehendak dan keperluan organisasi Anda.

Bayangkan hasil yang dapat dicapai apabila segala ciri perunding di atas dipenuhi, produktiviti meningkat, Anda dan rakan sekerja  bersemangat dan berminda positif, bukan sahaja memacu kejayaan organisasi tetapi juga diri, keluarga dan ummah.

Sistem Pendidikan Efektif dan Aktif (S.P.E.A.K)

Sistem Pendidikan Efektif dan Aktif (SPEAK) FINE Academy direka bentuk sedemikian rupa bagi memenuhi jangkaan di atas. Ia meliputi dua perkhidmatan berkuasa tinggi dan boleh dijadikan langkah bergaya peningkatan produktiviti diri Anda, organisasi Anda dan persekitaran Anda. Ia meliputi:

S.P.E.A.K LEARNING: Anda alami pengalaman dalam kursus-kursus kendalian jurulatih berpengalaman kami. Mereka mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam industri yang menjadikan mereka pakar dalam bidang berkaitan. Segala kemahiran dan praktis terbaik industri diterjemahkan ke dalam bentuk modul latihan terancang dengan elemen teori, perbincangan dalam kumpulan dan aktiviti menyeronokkan menjadi pembelajaran aktif berdasarkan pengalaman. Ia menyediakan peserta dengan pandangan jauh, minda positif dan bersedia untuk menghadapi apa sahaja cabaran di luar kursus.

S.P.E.A.K COACHING: Selepas mengalami aura pengalaman dalam kursus, bagi mempastikan momentum kecemerlangan ini terus bergerak, Anda boleh memilih untuk menyertai sesi breakthrough secara individu bersama para perunding terpilih terutamanya apabila kekangan, kekecewaan dan desakan mengganggu fokus Anda. Anda perlu untuk menyediakan sistem pertahanan bagi membina ketahanan diri bagi menghadapi situasi dan cabaran ini.

Peluang untuk berada dalam sesi mentor bersama para pakar terlatih, masing-masing mempunyai pengalaman dalam bidang masing-masing mengikut keperluan Anda. Ini dapat memberikan Anda perhatian tersendiri bagi menjelaskan lagi perancangan untuk lebih fokus kepada merealisasikan impian hidup Anda.