Presiden FINE Academy Dilantik Sebagai Naib Presiden 1, Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN)

Tuan Fauzul Na’im Ishak, Presiden dan Master Trainer diberikan kepercayaan untuk menjadi Naib Presiden 1 , Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN). Ia dilakukan pada mesyuarat agong TAMRIN yang lalu. Jawatankuasa TAMRIN sesi 2012-2014 menggabungkan tenaga muda dan lama dalam bidang latihan dan motivasi Malaysia.

TAMRIN adalah sebuah badan bukan kerajaan yang diwujudkan untuk menjaga kebajikan para jurulatih dan motivator muslim Malaysia khususnya dan nusantara amnya. Pelbagai aktiviti dirancang di bawah jawatankuasa baru ini. Antaranya yang akan dilancarkan adalah TAMRIN Sharpen The Saw (TAMRIN STS) iaitu platform yang menyediakan program latihan pemerkasaan trainer dan motivator. Ia selari dengan hasrat TAMRIN untuk melahirkan barisan trainer dan motivator Muslim yang berkualiti dan berkredibiliti. Program pertama akan diadakan pada 16 hb. April dengan tajuk Trainer yang Disayangi Allah kendalian motivator hebat Malaysia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.

FINE Academy juga diberikan pengiktirafan sebagai sekretariat utama TAMRIN untuk sesi 2012-2014. FINE Academy mengucapkan tahniah kepada Tuan Fauzul atas lantikan ini. Kami doakan Tuan sentiasa diberikan kekuatan dalam memacu kejayaan dunia latihan dan pembangunan insan di Malaysia khususnya dan dunia amnya.

 AJK TAMRIN Sesi 2012-2014

Senarai AJK TAMRIN Sesi 2012-2014

Presiden: YM. Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad
Timbalan Presiden: Tuan Ahmad Fadzli Yusof
Naib Presiden 1: Tuan Fauzul Na’im Bin Ishak
Naib Presiden 2: Cik Puan Azzah Abdul Rahman
Setiausaha: Tuan Amin Idris
Bendahari: Tuan Shamsuddin Abdul Kadir
Panel Penasihat Syariah: Ustaz Shukri Ali

Exco:
Biro STS: Cik Puan Nur Mastura Binti Mansor
Biro Showcase: Tuan Fauzul Na’im Bin Ishak
Biro Penerbitan: Zamri Mohamad
Biro Teknologi Maklumat dan Multimedia: Tuan Md Hazali Hasan
Biro Hubungan Korporat: Puan Maryanni Masarip
Biro Keahlian: Tuan Mohd Nur Firdaus Bin Mohd Arshad
Biro Akreditasi: YM Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *