ESQ Insan Super | Kursus Motivasi Diri | Kursus Pembangunan Diri | Kursus Pembangunan Sahsiah Diri

Anda adalah insan terpilih yang Tuhan berikan peluang untuk mewakili-Nya di muka bumi sebagai khalifah di muka bumi. Oleh sebab itu sudah pasti Anda dibekalkan dengan alat-alat atau gajet yang hebat untuk memastikan Anda dapat menjalankan gerak kerja dan tugasan dengan baik. Alat atau gajet ini yang kami katakan sebagai POTENSI DIRI. Namun begitu dalam banyak keadaan manusia tidak sedar dengan kehebatan potensi ini kerana mereka tidak sedar kewujudan dan kehebatannya. Bertahun-tahun ia berada dalam tubuh badan itu, tidak tahu kewujudan dan bagaimana menggunakannya. Bukankah itu satu kerugian?

Program ESQ Insan Super adalah tempat terbaik buat Anda menjelajahi dan mengenali apa yang dikatakan sebagai POTENSI DIRI. Setiap insan diberikan kuasa masa hebat dengan penjanaannya melalui minda sedar dan minda separa sedar. Kehebatan ini digunakan sebaiknya oleh para tokoh hebat dunia dan menjadikan diri mereka berada di kemuncak kejayaan. Kesemua mereka menemui KUASA SUKSES mereka.

Durasi Program

Kursus motivasi diri dan pembangunan sahsiah diri ini boleh dianjurkan untuk tempoh masa 1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan dan 3 hari untuk peringkat Advance

Program ini menjana 5 kuasa penting dalam diri iaitu:

PERTAMA: Kuasa Kepercayaan

Menjana keyakinan dan kepercayaan untuk mengatasi segala limitasi dan kekangan dalam hidup. Anda adalah apa yang Anda fikirkan, fikirkan kejayaan, fikirkan kekayaan, fikirkan kebahagiaan apa sahaja dalam hidup menjadi milik Anda.

KEDUA: Kuasa Ukhuwwah

Menjana unsur penting dalam kehidupan iaitu komunikasi. Komunikasi cemerlang menjadikan bisnes berjaya, rumah tangga bahagia, pasukan berkuasa dan hidup harmoni sentiasa. Perkukuhkan komunikasi Anda dapat memacu kejayaan dalam hidup.

KETIGA: Kuasa Syukur

Menjana rasa syukur dengan setiap satu perkara berlaku dalam hidup. Bersyukur membuang bebanan sesalan dan kesukaran. Setiap satu perkara adalah nikmat atau ujian. Syukur membuka ruang baru dalam diri untuk menerima kejayaan.

KEEMPAT: Kuasa Doa

Menjana kuasa Doa dalam mencapai apa sahaja dinginkan. Apa sahaja dalam hidup perlu dimulakan dengan niat. Niat penentu matlamat, matlamat penentu hasil, hasil menjadikan diri Anda sekarang. Semua ini adalah Doa kita.

KELIMA: Kuasa Tindakan

Menjana peluang dalam apa sahaja keadaan. Dalam apa sahaja situasi, sama ada bencana, krisis atau bahagia pasti ada peluang untuk orang yang sedar. Kesedaran akan menjadikan Anda lebih peka dengan peluang ini. Selepas sedar akan ruang dan peluang yang lebih penting adalah BERTINDAK.

Program ini digabung jalinkan dengan metod latihan yang menggalakkan pembelajaran aktif. Ia diterjemahkan dalam bentuk aktiviti, permainan, diskusi, kuiz dan pembentangan.

Suatu program yang memberikan pengalaman berbeza dalam mengenal potensi diri dan memperkasakannya.

Program yang menggabungkan kecerdasan intelek (IQ), kecerdasan emosi (EQ), kecerdasan fizikal (PQ), kercerdasan sprituil (SQ) dan kecerdasan bahasa (LQ)

kursusesqinsansuper

kursusesqinsansupersokongan

kursuspekerjasuper

Testimonial Peserta Kursus Lalu

Perkongsian Ilmu yang Sangat Menarik

5

Perkongsian ilmu yang sangat menarik dan sampai kepada saya/peserta. Terima kasih FINE Academy.

by Sharifah Noor Lella Binti Ahmad from Universiti Malaysia Kelantan
Sharifah Noor Lella Binti Ahmad, Pembantu Tadbir, Bahagian Pembangunan Organisasi, Jab. Pendaftar

Penyampaian Modul oleh Penceramah Amat Berkesan

4

Penyampaian, modul oleh penceramah amat berkesan. Kepelbagaian aktiviti dipersembahkan oleh penceramah menarik minat peserta. Mengantuk juga tidak dirasai kerana penceramah bijak, pandai mendekatkan diri dengan peserta seperti : pandai ambil hati peserta, mudah dekat dengan peserta, pandai lawak jenaka + unsur-unsur humor. Program ini banyak menambahbaikkan ilmu yang saya ada sekarang. Program yang disampaikan tegas tapi matang dan mudah diterima oleh peserta.

by Mohamed Safwan bin Hussin from Universiti Malaysia Kelantan
Mohamed Safwan bin Hussin PTPO N17, BPMI, Pejabat Pendaftar Universiti Malaysia Kelantan

Saya lebih bersemangat untuk berkerja!

5

Saya suka pengisiannya tepat dan padat. Ilmunya membuatkan saya lebih bersemangat untuk berkerja dalam organisasi saya. Video yang baik sebagai peringatan. Ada pengisian Islamik.

by Norlaili Deraman from Universiti Malaysia Kelantan
Norlaili Deraman, Penyelia Asrama, HEP Universiti Malaysia Kelantan

Setiap Perkataan dijadikan Teladan dan Pedoman dalam Hidup

5

Setiap perkataan dan kata-kata daripada En Fauzul dijadikan teladan dan pedoman dalam hidup saya untuk menjadi insan yang super

by Amutha a/p Gopal Villoo @ Venugopal from Kolej Komuniti Segamat
Amutha a/p Gopal Villoo @ Venugopal Pensyarah DH41, Kolej Komuniti Segamat

Program Ini Merupakan antara Program Terbaik yang Pernah Saya Ikuti!

5

Program ini merupakan antara program terbaik yang pernah saya ikuti sepanjang perkhidmatan. cara penyampaian yang santai, lawak, aktiviti menarik dan pengisiannya terhadap diri saya sendiri sangat memberi kesan

by Norzainariah b Abu Hassan from Politeknik Melaka
Norzainariah b Abu Hassan, PPPT DH44, Politeknik Melaka

Permohonan Proposal dan Sebut Harga Program Anjuran FINE Academy

Borang permohonan pengiriman proposal dan sebut harga latihan dalaman organisasi. Pohon jasa baik pihak Tuan dan Cikpuan mengisi selengkapnya bagi membolehkan kami memberikan perkhidmatan terbaik buat Tuan dan Cikpuan. Maklumat lanjut mengenai perkara ini boleh dirujuk kepada pihak kami di talian (+6) 016 2605 506. Terima kasih.
  • (*) Pohon lengkapkan ruangan yang ada

  • Pohon berikan nombor perhubungan bagi memudahkan perbincangan
  • Pohon berikan emel GMAIL / Yahoo / Hotmail ataupun yang sewaktu dengannya bagi melancarkan pengiriman proposal. Namun jika tidak ada boleh sahaja meletakkan emel pejabat.
  • Please enter a value between 0 and 200.
  • Please enter a value between 0 and 10.
  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.