SENYUM SELALU: Urus Ketenangan Hati | Kursus Pengurusan Stress di Tempat Kerja

Senyum Selalu adalah bengkel mengurus stress cara efektif. Mengurus stres adalah suatu kemahiran yang penting dalam kehidupan kita pada hari ini. Jika stres tidak diuruskan dengan baik, ia akan melemahkan sistem imun tubuh dan akan memudaratkan kesihatan kita. Produktiviti kita di tempat kerja menurun dan kehidupan rumah tangga kita juga terganggu.

Kajian di Barat menunjukkan berjuta-juta orang mengurus stres mereka secara tidak efektif apabila mereka menghadapi situasi sarat dengan stres sepanjang hari dan kemudian menangguhkan proses relaksasi (relaxation) pada masa-masa tertentu di hujung minggu atau selepas waktu kerja. Pada hakikatnya, pendekatan ini tidak berkesan kerana pendedahan berterusan kepada keresahan kronik (chronic anxiety) setiap hari adalah kategori stres yang paling membahayakan.

Dalam keadaan stres yang meruncing, badan kita akan mengeluarkan hormon yang akan melemahkan sistem imun dan meningkatkan risiko pelbagai penyakit.Justeru itu, stres harus ditangani serta-merta sama ada di pejabat atau di rumah dengan mengubah cara bagaimana kita bertindak balas. Ia boleh dilakukan dengan beberapa strategi menangani stres yang disokong oleh kajian saintifik.

Dalam bengkel ini, para peserta akan didedahkan dengan teknik relaksasi (relaxation techniques) mudah dan praktikal malah menyeronokkan bagi menangani stres di pejabat atau di rumah.

Selain itu, para peserta juga akan dibimbing bagi mencari solusi unik mengurus stres mengikut teknik Nabi Muhammad SAW:

  • Menyedari tekanan yang dihadapi juga wujud dari dalam diri
  • Memadamkan sikap suka mengkritik dengan menggunakan teknik menegur cara Nabi Muhammad.
  • Teknik menyelesaikan masalah
  • Memuji tindakan seseorang bagi meningkatkan semangat dan motivasi.

Teori, Praktikal dan Berjaya

Selepas bengkel ini peserta akan:

  • Memahami pengertian stres, bagaimana ia memberi kesan terhadap diri dan prestasi kerja mereka serta kepentingan mengurus stres dengan berkesan.
  • Mengenalpasti jenis-jenis serta penyebab-penyebab stres di tempat kerja dan dalam kehidupan peribadi.
  • Menguasai teknik-teknik relaksasi menangani stress mudah, ekonomikal dan boleh dipraktikkan di rumah dan di pejabat
  • Mengenal pasti prinsip, teknik dan strategi mengurus stres mengikut cara Nabi Muhammad SAW.

Durasi Program

Kursus pengurusan stress di tempat kerja ini boleh diadakan untuk tempoh 1 hari, 2 hari dan 3 hari

Modul yang akan dibentangkan:

  • Modul 1 : Mengenal Stres & Latihan Pernafasan Asas
  • Modul 2 : Hadith Psikologi – Hadith ‘Himar’, Hadith ‘Badwi’ & Hadith ‘Asma’
  • Modul 3 : Terapi Ketawa
  • Modul 4 : Teknik Relaksasi Regangan “Stretchings”
  • Modul 5 : Latihan Terapi Ketawa
  • Modul 6: Hadith Psikologi – Hadith ‘Berwajah Muram’, Hadith ‘Sebakul Kurma’ & Hadith ’12 Malaikat’
  • Modul 7 : Teknik Relaksasi “Applied Relaxation”
  • Modul 8 : Pelan Tindakan

kursusurusketenanganhati

Permohonan Proposal dan Sebut Harga Program Anjuran FINE Academy

Borang permohonan pengiriman proposal dan sebut harga latihan dalaman organisasi. Pohon jasa baik pihak Tuan dan Cikpuan mengisi selengkapnya bagi membolehkan kami memberikan perkhidmatan terbaik buat Tuan dan Cikpuan. Maklumat lanjut mengenai perkara ini boleh dirujuk kepada pihak kami di talian (+6) 016 2605 506. Terima kasih.
  • (*) Pohon lengkapkan ruangan yang ada

  • Pohon berikan nombor perhubungan bagi memudahkan perbincangan
  • Pohon berikan emel GMAIL / Yahoo / Hotmail ataupun yang sewaktu dengannya bagi melancarkan pengiriman proposal. Namun jika tidak ada boleh sahaja meletakkan emel pejabat.
  • Please enter a value between 0 and 200.
  • Please enter a value between 0 and 10.
  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.