TRAINER SUPER: Kursus Train The Trainer | Kursus TOT

Adakah Anda seorang trainer, penceramah, pendakwah ataupun individu yang ingin mengetahui kaedah menyediakan sebuah program menarik dan memberikan impak tinggi kepada para pesertanya? Membentang dan menyampaikan sebuah program yang memberikan kesan positif dan mendalam kepada para pesertanya? Anda Ingin membangunkan sebuah program yang menjadi jenama kepada diri Anda dan setiasa diingati dalam pasaran latihan dan pembangunan kemahiran? Sertai Train The Trainers: Menjadi seorang TRAINER SUPER.

Trainer atau jurulatih bengkel membawa peranan besar dalam memastikan berlaku pengalihan kemahiran, pengalihan teknologi dan pengalihan maklumat daripada dirinya kepada peserta yang berada di dalam programnya. Sebuah program yang baik adalah program yang impak berpanjangan kepada para peserta program.

Apabila Anda menyertai program ini, Anda akan menjelajahi dan menggunakan pelbagai alat yang digunakan oleh trainer professional dalam program mereka. Alat ini dengan menggabungkan kebolehan dan bakat yang ada pada Anda sebagai seorang trainer dengan Seni & Sains Seorang Fasilitator Pembelajaran (The Art & Science Of Professional Learning Facilitator).

Program pembangunan TRAINER SUPER yang holistik ini akan meliputi 3 bahagian utama iaitu:

Bahagian 1: Trainer/Pembentang (The Presenter)

Bahagian ini akan menfokuskan kepada pembangunan diri Anda sebagai seorang trainer. Ia meliputi minda, badan dan roh seorang seorang TRAINER SUPER

Bahagian 2: Modul Latihan & Pembentangan (The Presentation)

Bahagian ini akan menfokuskan kepada bagaimana sesuatu modul yang dibina dapat dipasakkan ke dalam minda peserta program. Ia meliputi pembangunan modul, aktiviti dan permainan dalam program.

Bahagian 3: Penjenamaan & Bisnes Latihan (The Branding & Business of Presenting)

Program yang baik perlu diberikan jenama yang baik bagi memastikan ia mudah dipasarkan kepada para pelanggannya. Pada bahagian ini Anda akan diperkenalkan kaedah penjenamaan, alat-alat pemasaran dan bagaimana untuk memastikan bisnes latihan Anda berjalan sepertimana yang dikehendaki.

Durasi Program

Kursus train the trainer ini dapat dijalankan untuk tempoh 3 hari

Sijil Pengiktirafan

Di bawah sistem latihan ini, para peserta ini akan menerima sijil MASTERY apabila mereka menunjukkan kemahiran dan kepakaran yang dipelajari pada bengkel 3 hari ini. Mereka diminta membenarkan Master Trainer berada dalam bengkel atau kursus kendalian mereka bagi tujuan coaching dan audit.

Sijil MASTERY akan diberikan apabila penilaian dibuat memenuhi standard yag ditetapkan.

trainthetrainerrukuntetangga

trainthetrainerrukuntetangga2

kursustrainersuper

kursustrainersuper2

kursustrainersuper3

Testimonial Peserta Lalu

Mempelajari ‘Something’ yang Baru dalam Memberikan Latihan

5

Membuatkan saya lebih yakin dan mempelajari something yang baru dalam memberikan latihan. 

by Ahmad Kamal bin Said @ Ismail from Syarikat Bekalan Air Selangor
Ahmad Kamal bin Said @ Ismail, Pengurus, SYABAS – ICT.

Kemesraan Tenaga Pengajar, Jujur dalam Memberi Komen yang Membina

5

Kemesraan tenaga pengajar, jujur dalam memberi komen yang membina. Latihan yang mempunyai susunan dan struktur yang sangat baik dan mudah difahami.

by Mohamad Faridz bin Mohamad Nasir from Syarikat Bekalan Air Selangor
 Faridz bin Mohamad Nasir, Eksekutif, SYABAS.

Banyak Perkara Baru yang Saya Pelajari dan Amalkan untuk Jadi Trainer yang Baik

5

Ia banyak membantu menyakinkan saya untuk membuat persembahan dan taklimat kelak. Banyak perkara baru yang saya pelajari dan amalkan untuk jadi trainer yang baik.

by Megat Mohd Wiswan B. Mgt Mazlan from Syarikat Bekalan Air Selangor
Megat Mohd Wiswan B. Mgt Mazlan, Eksekutif, SYABAS. 

Panggil, Datangkan, Gegarkan Ilmu & Suasana Trainer Super!

5

“Semua ilmu yang diberikan. Terima kasih. Panggil, datangkan, gegarkan ilmu & suasana ‘Trainer Super’

by Solihin Bin Saidi from Syarikat Bekalan Air Selangor
Solihin Bin Saidi, Eksekutif, Customer Svc. Dept. 

Energi Trainer yang Baik

5

Energi trainer yang baik, konsisten dari awal sampai akhir training.

by Farah Wahida from Syarikat Bekalan Air Selangor
Farah Wahida, Supervisor, PUSPEL SYABAS

Permohonan Proposal dan Sebut Harga Program Anjuran FINE Academy

Borang permohonan pengiriman proposal dan sebut harga latihan dalaman organisasi. Pohon jasa baik pihak Tuan dan Cikpuan mengisi selengkapnya bagi membolehkan kami memberikan perkhidmatan terbaik buat Tuan dan Cikpuan. Maklumat lanjut mengenai perkara ini boleh dirujuk kepada pihak kami di talian (+6) 016 2605 506. Terima kasih.
  • (*) Pohon lengkapkan ruangan yang ada

  • Pohon berikan nombor perhubungan bagi memudahkan perbincangan
  • Pohon berikan emel GMAIL / Yahoo / Hotmail ataupun yang sewaktu dengannya bagi melancarkan pengiriman proposal. Namun jika tidak ada boleh sahaja meletakkan emel pejabat.
  • Please enter a value between 0 and 200.
  • Please enter a value between 0 and 10.
  • This field is for validation purposes and should be left unchanged.