Program Klinik Penulisan Dimulakan 8 Mei 2010

Akademi Penulis buat julung-julung kalinya mengadakan klinik penulisan khusus bagi memberikan khidmat nasihat dan perundingan buat para pengarang dan bakal pengarang dalam kumpulan yang kecil. Klinik penulisan disasarkan dalam kumpulan 3 hingga 5 orang yang dikendalikan oleh para jurulatih kanan Akademi Penulis.

Fasa pertama klinik dikhususkan untuk para ALUMNI Akademi Penulis yang pernah menghadiri bengkel-bengkel anjuran Akademi Penulis sebelum ini. Akademi Penulis mensasarkan dalam masa setahun daripada bengkel dianjurkan para ALUMNI berjaya menghasilkan sekurang-kurangnya 1 karya. Alhamdulillah sehingga sekarang sudah ramai ALUMNI yang berjaya menghasilkan karya mereka. Antaranya Tuan Rizal Rashid, Tuan Md. Ali Berahim, Dr. Azman Sharif dan Tuan Zakaria Sungip.

Klinik Pertama

Klinik Pertama dianjurkan pada 8 Mei 2010. Klinik kendalian Tuan Fauzul Na’im Ishak, jurulatih utama Akademi Penulis ini dihadiri oleh 4 ALUMNI Akademi Penulis yang datang daripada segenap penjuru Malaysia. Tuan Mohd Ali Mohd Noor dari Ipoh, Perak, Cik Puan Tuan Kalsum dari Pulau Pinang, Puan Ayu Darlu dari Batu Pahat, Johor dan Prof. Ir. Jailani dari Putrajaya menyertai kumpulan pertama klinik penulisan. Turut hadir berkongsi pengalaman Tuan Zamri Mohamad.

Alhamdulillah hasil daripada perbincangan dalam klinik penulisan selama separuh hari ini menghasilkan 8 proposal buku yang bakal diterbitkan pada tahun 2010-2011. Proposal semua peserta diulas dan dicincang oleh jurulatih kemudiannya diberikan tarikh akhir bagi menyiapkan proposal baru dan penghasilan manuskrip buku. Pihak Akademi Penulis sudah mendapatkan maklum balas penerbit yang bersetuju untuk menerbitkan karya-karya keempat-empat peserta klinik kali. InsyaAllah kita akan dapat memperoleh buku-buku tulisan mereka paling lewat awal tahun 2011. Tahniah semua peserta dan terima kasih kepada para jurulatih.

Jurulatih Utama, Tuan Fauzul Na'im mengendalikan sesi bersama para peserta klinik penulisan

Diskusi peserta bersama dengan Tuan Fauzul

Tuan Mohd Ali yang penuh semangat

no images were found

Comments

  1. sahri says

    Mohon beri tarikh tarikh baru akan datang. saya adalah peserta bengkel yg ada hantar proposal buku impot ekspot.tk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *