Pulangan Menulis Buku Lebih Baik Daripada Pulangan ASB

Semalam saya duduk minum petang bersama Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad dan Puan Ainon Mohd.. Dr. Tengku Asmadi datang ke pejabat PTS di Wangsa Melawati bagi berbincang mengenai program latihan dan juga mengambil royalti tahunan bagi tahun 2007.

Dalam duduk berbincang pelbagai isu masa kini, Dr. Tengku Asmadi menceritakan senario beliau memotivasikan para eksekutif di bawahnya untuk menulis. Beliau berkata kepada salah seorang eksekutifnya.

Saudara ada wang RM100K?“, Dr. Tengku Asmadi berkata

RM100K Dr.?, manalah saya ada“, balas eksekutifnya.

Tak apalah tidak ada RM100K, RM50K cukuplah. Ada?” Balas beliau pula.

Bagi pelaburan di ASB, pulangan dividennya setiap tahun dalam 8 ke 10 peratus setahun. Kita ambillah 10 peratus. Bagi mendapatkan RM5K kita perlu ada sekurang-kurangnya RM50K. bagi mendapatkan RM10K kita perlukan sekurang-kurangnya RM100K.

Ada satu lagi pelaburan yang ada mana pelaburannya tidak tinggi, hanya menggunakan otak sahaja. Satu tahun ada yang mendapat pulangan berpuluh ribu. Sebagai contoh saudara Ahmad Fadzli Yusof. Beliau memperoleh purata royalti tahunan RM30K setiap tahun.  Itu bersamaan dengan pelaburan yang perlu diletakkan ke dalam ASB sebanyak RM300K.

Jadi perlu menulis sekarang bagi mendapatkan pulangan yang lebih dari pendapatan ASB ini.

Para eksekutifnya senyap dan senyum.

Analogi ini memang hebat dan logik. Mana ada pihak atau organisasi kewangan yang boleh memberikan pulangan dari tiada kepada ada sehebat pulangan menulis buku. Modalnya menulis buku, mendapat lebih bagus daripada ASB. Terima kasih Dr. Tengku Asmadi. Orang lain! Bila mahu mula menulis?

Nota : Tahun ini ada dua pengarang PTS Millennia Sdn Bhd yang mendapat royalti melebihi RM50K. Saya sendiri kagum apabila menandatangani surat royalti mereka.

Comments

  1. says

    Tuan Fadzli Yusof adalah salah satu tanda aras saya bagi bekerja lebih kuat menghasilkan karya yang diterima penerbit dan masyarakat.

    Moga Allah permudahkan.

  2. says

    izinkan saya buat sedikit pembetulan.

    ASB jatuh dalam kategori portfolio income.

    Royalti jatuh dalam kategori passive income.

    Tidak boleh disamakan.

    Untuk meraih portfolio income mempunyai skill yang berbeza.
    Untuk meraih passive income juga mempunyai skill yang berbeza.

    Tidak semua orang boleh menulis. Juga tidak semua orang boleh menguruskan pelaburan portfolio dengan baik.

    Barangkali menulis buku lebih wajar dibandingkan dengan melukis komik, artwork, menyanyi, menulis lirik dan sebarang sumber pendapatan berbentuk royalti.

  3. admin says

    Terima kasih atas pencerahan yang diberikan. Mengenai portfolio income dan passive income memang ada perbezaan yang nyata. Namun begitu persoalannya di sini adalah pelaburan itu di mana.

    Ramai orang melihat pelaburan kepada organisasi-organisasi kewangan lebih berharga daripada pelaburan kepada kemahiran dan kebolehan. Pelaburan kepada organisasi perlukan wang namun begitu pelaburan kepada kemahiran dan kebolehan atas diri sendiri.

    Dalam hal di atas kita tidak menyatakan bahawa jenis pendapatan yang diperoleh. Ia lebih kita menekankan pelaburan yang lebih berfaedah dan berharga apabila digarap.

    Terima kasih Pakdi atas pencerahan yang diberikan.

  4. says

    askum..saya berminat hendak menulis tetapi tidak tahu dari mana hendak bermula..segala proses dari mula hingga akhir saya ingin tahu..adakah ruangan ini memberikan mana-mana seminar mengenai apa yang ingin saya belajar?terima kasih

    • says

      Tuan,

      Pihak kami menganjurkan pelbagai kursus penulisan dalam pelbagai jenis penulisan. Khusus buat Tuan, saya cadangkan Tuan menghadiri program PENULIS SUPER yang terdiri daripada dua program iaitu Seminar Jana Wang Dengan Menulis (20 Jun 2009) dan Bengkel Praktikal Penulis Bestseller (18 & 19 Julai 2009). Kedua-dua program ini amat sesuai untuk orang yang baru dan sudah lama dalam bidang penulisan serta ingin tahu bagaimana menjadikan penulisan sebagai sebuah kerjaya.

      Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman web rasmi program Penulis Super di http://www.janawangdenganmenulis.com

  5. jasliza says

    Tuan,
    Saya merupakan seorang guru di sebuat sekolah elit di utara semenanjung. saya amat berminat untuk menulis semenjak dibangku sekolah lagi, namun saya hanya menulis untuk suka-suka dan kemudian melupakan hasrat tersebut dek kerana sibuk dengan tugasan harian sebagai seorang isteri, guru dan kadang kala perlu menghadiri pelbagai kursus yang melibatkan kerjaya sebagai seorang guru, jadi, saya tidak mempunyai masa yang mungkin terluang untuk menghadiri kursus sampingan seperti kursus yang ditawarkan dalam bidang penulisan ini. jadi, adakah boleh jika saya hanya menulis mengikut kebolehan saya? Dan kepada siapakah perlu saya hantar bahan penulisan saya untuk diterbitkan? terima kasih.

  6. says

    Salam,

    Saya pun amat berminat untuk menulis, walaupun kekangan masa yang ada tidak dapat dinafikan… saya suka nak berkongsi dengan masyarakat umum tentang aspek perundangan syariah, kes-kes syariah, masalah ibu tunggal dll… ada juga ‘cubaan’ untuk menulis buku tapi banyak yg saya nak kena belajar daripada mentor2 spt Tn Hj Fadzli Yusof dll … bagaimana nak tulis buku ilmiah + berat dalam bentuk santai dan mudah difahami umum sebab bila buku undang2 ni layman tak berminat nak baca sebab bahasanya bahasa undang2, berat dan sukar difahami… mohon bimbingan daripada semua.. jzkk..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>