Re-Code DiSC! KPTM Memulakan Jelajah Pantai Timur

Program Re-Code DiSC! sudah memulakan jelajah siri ke 5-nya iaitu di Kolej Poly-Tech MARA Kampus Cawangan Kota Bharu dan Kampus Kejururawatan di Kemumin. Pasukan FINE Academy diketuai oleh Tuan Fauzul Naim Ishak dengan diiringi Pengurus Divisyen Latihan, Tuan Mustaffa Kassim berada di Kota Bharu daripada 30 Oktober hingga 3 November 2011.

Program berlangsung dalam suasana penuh keceriaan dan meriah walaupun berada dalam suasana kesejukan musim hujan pantai timur. Antara peserta yang turut serta adalah Pengarah KPTM Kota Bharu, Tuan Saifuddin dan Timbalan Pengarah KPTM Kota Bharu, Tuan Raja Izzuddin. Maklum balas para peserta kepada program ini amat baik dan insyaAllah siri jelajah Pantai Timur akan bersambung hujung bulan November ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>