Sasaran Pelancaran 1 Oktober 2008 Berjalan Lancar

Hari ini adalah hari kelima kita berpuasa dalam bulan Ramadhan. Terasa sekejap sahaja ia berlalu. Dalam tempoh 25 hari dari sekarang kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kita di Akademi Penulis lebih berdebar. Mengapa? Tarikh 1 Oktober 2008, tarikh yang dipilih bagi melancarkan Akademi Penulis semakin dekat. Selari dengan tarikh Hari Raya Aidilfitri adalah tarikh pelancarannya.

Gerak kerja ke arah sasaran tersebut giat dilakukan. Laman web ini juga giat dibangunkan oleh para pembangun laman web Akademi Penulis. Terasa berdebar juga di hati apabila mengenangkan laman ini bakal menjadi antara laman pertama di Malaysia melancarkan program pembangunan penulis yang menyeluruh dan holistik.

Ramai yang bertanya mengapakah ia diwujudkan. Dunia penulisan dan penerbitan buku di Malaysia berkembang dengan amat baik. Dari hari ke hari muncul lebih banyak judul buku baru dan bertumbuhnya penerbit baru. Namun begitu dalam keadaan ia semakin mewangi, generasi penulis baru masih di peringkat mendatar. Kewujudan Akademi Penulis adalah bagi memangkinkan penjanaan tenaga penulis baru yang dapat memenuhi kehendak pembaca masa kini.

Program pembangunan penulis di Akademi Penulis ini direka mengikut fasa demi fasa bersesuaian dengan keperluan semasa. Ia dibahagikan mengikut fasa permulaan, fasa pertengahan dan fasa tinggi. Setiap fasa inputnya berbeza dan pendekatannya berbeza.

InsyaAllah dengan usaha ini, ia memungkinkan lebih banyak buku berkualiti terhasil dalam pasaran. Bukan sekadar buku, artikel, skrip, novel dan sebagainya bakal dijana dari program ini. Nantikan kemunculannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>