Seminar Jana Wang Dengan Menulis Pertama Berjaya

Pada hari Sabtu 17 hb. Januari 2009, pihak Akademi Penulis menganjurkan Seminar Jana Wang Dengan Menulis yang pertama. Kehadiran peserta adalah seramai 30 orang yang datang daripada segebap pelusuk dunia. Ada yang datang daripada timur, utara, barat dan selatan Semenanjung Malaysia. Yang lebih terharu adalah ada yang datang daripada Tokyo, Jepun kerana hendak menghadiri seminar ini.

Pada asalnya seramai 55 orang yang mendaftarkan diri. Kebanyakannya daripada kalangan guru. Namun begitu, pada hari sabtu itu kebanyakan sekolah di Lembah Klang (Kuala Lumpur & Selangor) mengisyhtiharkan hari itu sebagai hari sekolah bagi menggantikan satu hari cuti untuk Tahun Baru Cina. Ini menyebabkan 15 orang terpaksa menarik diri pada saat akhir.

Walauapapun berlaku, ini adalah satu kejayaan bagi Akademi Penulis. Suasana cukup meriah dengan interaksi yang cukup baik antara penceramah dengan para peserta. Semua kakitangan Fauzul Na’im Sdn. Bhd. yang membantu dengan cukup efektif dan efisien.

Pihak Akademi Penulis dalam proses merancang untuk penganjuran Seminar Jana Wang Dengan Menulis Kedua. Cadangannya dalam pertengahan tahun ini. Terima kasih kepada semua, terima kasih kepada peserta, terima kasih kepada staff FNSB atas kejayaan ini. Di bawah disertakan koleksi gambar sepanjang seminar untuk tatapan semua.

Comments

  1. says

    Alhamdulillah..Memang seronok belajar dengan En Fauzul. InsyaAllah akan ke Bengkel seterusnya pada 21-22 Februari ini. Saya ada menulis sedikit review di blog saya.

    Terima Kasih En Fauzul.
    Terima Kasih Akademi Penulis.

    • says

      Terima kasih atas kehadiran dan sokongan saudara kepada pihak kami. InsyaAllah pihak kami sentiasa memberikan yang terbaik buat peserta dan pelanggan kami. Terima kasih sekali lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>