Seminar Penulisan Buku Popular UIAM Penuh Warna Warni

Alhamdulillah hari ini Akademi Penulis dengan kerjasama Event Unite dan Majlis Perwakilan Pelajar UIAM berjaya julung-julung kalinya menganjurkan Seminar Penulisan Buku Popular. Seminar yang pertama kali ini diadakan di Auditorium Kulliyyah Architecture & Environmental Design, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, Selangor.

Pada mula seramai 49 orang peserta mendaftar diri. Ia adalah campuran antara peserta daripada kalangan mahasiswa dan juga orang awam. Bagi mahasiswa, pihak Akademi Penulis mengenakan kadar yuran RM150 manakala orang awam RM250. Namun di saat hadir hanya 29 orang sahaja yang menghadirkan diri.

Para jurulatih dan ahli pasukan Akademi Penulis bergambar kenangan bersama para peserta seminar

Para jurulatih dan ahli pasukan Akademi Penulis bergambar kenangan bersama para peserta seminar

Namun apa yang menggembirakan pihak Akademi Penulis kali ini penuh warna warni. Gabungan peserta daripada latar belakang pelbagai menjadikan seminar ini lebih berprestij. Ada daripada kalangan guru, editor, usahawan, pengarang dan mahasiswa. Salah seorang pengarang terkenal yang turut hadir adalah Cik Zabrina Abu Bakar, pengarang buku Life Is An Open Secret. Karya beliau pernah beberapa kali menduduki cara buku bestseller MPH. Terima cik Zabrina atas sokongan kepada program kami.

Seminar kali ini dikendalikan oleh Tuan Fauzul Na’im Ishak dan Tuan Zamri Mohamad. 2 orang jurulatih berpengalaman dalam dunia penerbitan dan penulisan buku. Pelbagai input dikongsikan. InsyaAllah dalam masa terdekat kita kongsikan pandangan para peserta mengenai seminar kali ini. Tahniah kepada semua penggerak program, tahniah kepada semua peserta atas partisipasi yang cukup baik. Kita doakan semua peserta berjaya merealisasikan semua karya paling lewat hujung tahun 2010. Amiin

no images were found

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *