Seminar Sehari Penulisan Buku Popular 10 Oktober 2009

Akademi Penulis Sdn. Bhd. dengan bangganya mengumumkan bahawa, Akademi Penulis buat pertama kalinya bekerjasama dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Unite Event menganjurkan Seminar Sehari Penulisan Buku Popular.

pestabukupenulisan

Seminar ini buat julung-julung kalinya diadakan bersempena dengan Pesta Buku dan Penulisan 2009. Ia diadakan seiring dengan Pesta Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 2009.

Ia diadakan berdasarkan butiran berikut :

  • Tarikh : 10 Oktober 2009
  • Tempat : KAED Auditorium, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Akademi Penulis akan berkongsi maklumat bagaimana hendak menghasilkan sebuah karya popular yang mampu menjadi karya terlaris dalam pasaran. Seminar ini akan dikendalikan oleh dua orang jurulatih berpengalaman iaitu En. Fauzul Na’im Ishak, Pengurus Besar Penerbitan Kumpulan PTS merangkap jurulatih utama Akademi penulis dan saudara Zamri Mohamad, jurulatih kanan di Akademi Penulis.

Pengisian yang akan diberikan adalah :

  • Motivasi Penulis : 5P : Formula Menjadi Penulis Bestseller
  • Bagaimana Menjaga Hak Cipta dan Hak Penulis
  • Teknik Penulisan Berkuasa Tinggi : KJ Metode
  • Bagaimana Memasarkan Buku Cara Berkesan

Yang lebih menarik adalah, seminar ini mengenakan yuran yang minima dan menarik. Hanya RM 250 untuk orang awam dan RM 150 untuk para mahasiswa dan pelajar. Tempat adalah terhad.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai seminar yang julung-julung kali diadakan ini. Bagi yang berminat boleh langsung menghubungi saudara Abdul Qahhar di talian 013 628 8614 ataupun 03 4149 2560 ataupun emailkan kepada latihan@akademipenulis.com. Bertindak sekarang!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *