SUK Terengganu Membangunkan Daya Pemikiran Kreatif Dan Inovatif Kakitangan

3 Oktober 2013, Kuantan, Pahang- Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu menjemput dan melantik FINE Training Academy sebagai perunding bagi mengendalikan Kursus I-Kreatif: Pemikiran Kreatif Dan Inovatif yang bertempat di MS Garden Hotel, Kuantan, Pahang. Seramai 30 orang yang terdiri daripada golongan pengurusan professional menyertai kursus selama 3 hari ini.

Kursus ini dikendalikan oleh Tuan Zamri Mohamad dan Tuan Iskandar Syah Ismail atau lebih dikenali sebagai Dr. Bubble. Kursus bermatlamat untuk membentuk individu pemikiran terbuka dan mempunyai daya kreativiti tinggi. Hasil daripadanya, mereka ini dapat menjana inovasi dalam organisasi bagi membawanya ke arah kecemerlangan dan seterusnya dapat menyumbang kepada kemajuan Negara. Ia juga untuk membina keberkesanan jaringan kerja luar dan dalam secara kreatif.

Kursus ini banyak memberikan faedah berpanjangan kepada peserta-peserta terutamanya dengan pengisian modul yang disusun bersuaian dengan praktis semasa. Para peserta mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian lebih-lebih lagi apabila berada di tempat kerja. Bersesuaian dengan tajuk kursus yang dinyatakan, peserta merasakan kursus ini mampu merangsang minda untuk berfikir dengan lebih luas begitu juga dengan suasana yang kondusif. Rata-rata peserta berpuas hati dengan kursus, mereka sangat selesa, ceria, segar dan gembira dengan gaya penyampaian penceramah-penceramah yang diundang khas dari FINE Academy.

Kursus ini turut diselitkan dengan aktiviti-aktiviti yang menarik membuatkan peserta tidak berasa bosan. Para peserta juga didedahkan teknik mengurus stress menggunakan TERAPI KETAWA. Teknik ini dapat menghilangkan stress dan juga memberi ketenangan kepada setiap peserta yang menghadiri kursus ini. Selain itu, keakraban hubungan antara para peserta dengan jurulatih dapat mewujudkan suasana kondusif penyerapan ilmu dengan efektif.

Kepada mana-mana organisasi berminat untuk menjalankan kursus serupa, boleh menghubungi 016 2605 506 ataupun pejabat 0341492560 ataupun emelkan ke info@fineacademy.com.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>