Tahniah Kepada ALUMNI Akademi Penulis Dr. Haryati Shafii atas Terbitnya Karya Beliau

Hari ini pihak Akademi Penulis mendapat satu lagi berita gembira iaitu buku karya pertama Dr. Haryati Shafii, salah seorang peserta Bengkel Penulisan Ilmiah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia kendalian Akademi Penulis sudah diterbitkan. Karya yang bertajuk Tempat Tinggal dan Kualiti Hidup Di Bandar terbitan Penerbit UTHM ini adalah hasil daripada perbincangan pelan operasi penulisan beliau semasa bengkel ini dianjurkan tempoh hari.

Buku hasil perbincangan proposal semasa bengkel

Tahniah diucapkan kepada Dr., semoga ia akan membakar semangat para ALUMNI lain untuk merealisasikan impian menjadi seorang pengarang. Dr. Haryati dalam proses menyiapkan novel pertama beliau. Pihak kami doakan novel ini berjaya diterbitkan juga. Tahniah sekali lagi.

Ini kata-kata beliau dalam facebook semasa berinteraksi dengan Tuan Fauzul.

Sesiapa berminat untuk menjadi seperti Dr. Haryati, boleh menyertai Bengkel Penulis Super yang diadakan oleh pihak Akademi Penulis. Layari www.penulissuper.com untuk maklumat lanjut.

Comments

  1. Zulfadli Jusoh says

    Tahniah buat Dr Haryati.. doakan sy juga diberikan kekuatan dan dipermudahkan dalam memenuhi azam dan impian untuk menyiapkan karya pertama dan seterusnya.. Teri Kasih buat Pembimbing yang pd sy belum pernah temui sebelum ini.. Tuan Fauzul.. semoga terus sukses..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *