Tahniah Tuan Md Ali Berahim Atas Terbitnya Karya Pertama

Akademi Penulis mengucapkan tahniah kepada Tuan Md. Ali Berahim kerana terbitnya karya pertamanya Menyembuhkan Virus-virus Bisnes terbitan PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Tuan Md Ali Berahim adalah ALUMNI Akademi Penulis dan pernah menghadiri Bengkel Penulis Super pertama. Ini kata-kata beliau dalam laman web ini

Tuan Fauzul, bengkel yang tuan kendalikan ini amat berguna bagi mereka yang ingin menjadi penulis. Walaupun saya ada cara tersendiri menulis buku, saya dapat banyak manfaat dari bengkel ini. Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada Tuan dan rakan-rakan tuan di PTS yang sudi menerima manuskrip pertama saya dan yakin menerbitkan buku pertama saya.

Insya Allah buku pertama saya “Sembuhkan Virus-virus Bisnes” akan berada di pasaran pada 1.12.2009. Saya sekarang sedang menulis manuskrip untuk buku kedua saya mengenai kesetiaan pelanggan. Nota yang tuan berikan semasa bengkel yang mengandungi 7 modul saya rujuk berulangkali. Ada faktor motivasi tersembunyi di setiap modul. Sekali lagi terima kasih Tuan Fauzul.

Tahniah sekali lagi Tuan, teruskan berkarya untuk memandaikan ummah. Pelawat laman yang lain, bila lagi hendak menghasilkan karya pertama Anda. Bagi berminat untuk mengetahui Formula Penulis Super seperti Tuan Md. Ali Berahim sertai Bengkel Penulis Super: Langkah Seribu Menjadi Penulis Buku Umum Bestseller. Layari www.penulissuper.com untuk mendaftar diri. Bertindak sekarang!

Comments

  1. Md Ali Berahim says

    Assalamualaikum Tuan Fauzul,

    Syukur Alhamdulillah, buku saya yang kedua bertajuk “Pelanggan Setia” telah pun diterbitkan. Skop perbincangan buku ini lebih meluas dan berguna untuk sesiapa sahaja yang mempunyai pelanggan atau “customer”. Saya sekarang sedang menulis buku ketiga mengenai ilmu perbankan. Terima kasih kepada Tuan dan Akademi Penulis yang memberi panduan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>