Tarikh Tutup Pendaftaran Bengkel Penulis Super Ditunda Ke 25 Januari 2010

Pihak Akademi Penulis Sdn. Bhd. amat berbesar hati untuk melanjutkan tarikh penutupan pendaftaran Bengkel Penulis Super: Langkah Seribu Penulis Buku Umum Bestseller ke 25 Januari 2010. Ini berdasarkan permintaan peserta yang memerlukan tempoh untuk membuat pembayaran pendahuluan. Ia mengambil kira tarikh penerimaan gaji peserta. Di samping itu juga pihak penyedia tempat Hotel Vistana Kuala Lumpur memberikan ruang kepada pihak Akademi Penulis untuk membuat tempahan akhir paling lewat 25 Januari 2010.

Tarikh asal tutup pendaftaran adalah 20 Januari 2010. Sehingga kini pendaftaran penyertaan sudah mencecah 53 orang. 35 orang yang sudah membuat pembayaran penuh dan separa, lebihan 18 orang lagi memohon masa untuk membuat pengesahan. Permintaan kali ini amat menggalakkan melebihi sasaran yang diletakkan iaitu 40 orang pendaftaran.

Alhamdulillah, pihak Akademi Penulis amat berbesar hati dengan sokongan daripada semua individu yang menyokong program ini. Pihak kami memberikan komitmen untuk memberikan yang terbaik untuk bengkel ini. Banyak tip dan rahsia yang belum pernah didedahkan bakal terbongkar di bengkel ini.

Kepada yang masih berminat untuk menyertainya, bertindak sekarang. Kami akan menerima maksima 50 orang sahaja dan ia berdasarkan siapa bayar dahulu. Masih ada masa, layari laman rasmi Bengkel Penulis Super di www.penulissuper.com ataupun hubungi saudara Abdul Qahhar di talian 0136288614 ataupun 0341492560. Bertindak sekarang untuk menempah tempat Anda sebelum terlambat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *