Team Building KPT kukuhkan semangat berpasukan

Kemajuan dan kejayaan yang dicapai oleh sebahagian warganegara Malaysia semakin memberangsangkan namun dalam masa yang sama jumlah kes kerapuhan nilai, kelunturan budi pekerti serta hakisan kualiti diri semakin meningkat.

Bertempat di Kalumpang Training Resort Centre (KRTC), tim FINE Academy bersama dengan kakitangan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkampung selama 3 hari 2 malam menjalani Kursus Pengukuhan Kerja Berpasukan (Team Building).

Seramai 32 orang peserta yang berbeza jabatan di bawah naungan KPT bergabung berpadu tenaga menjalani semua aktiviti yang telah dirancang. Suasana persekitaran yang dikelilingi dengan air terjun dan dusun penduduk tempatan, menjanjikan suasana kursus yang amat istimewa.

Kreatif dalam mencipta identiti kumpulan

Kreativiti dalam memperkenalkan syarikat mereka

Huraian Nilai Pasukan

Membentuk suatu nilai yang amat berharga

Kursus ini dimulakan dengan aktiviti ice-breaking ; memecahkan tembok pemisah dalam kalangan peserta dan jurulatih. Sesi ini juga menerangkan perjalan kursus dengan lengkap serta konsep yang bakal dijalankan. Berkonsepkan setiap kumpulan adalah sebuah organisasi koporat, mereka dibekalkan dengan kain berlainan warna sebagai identiti organisasi masing-masing.

Duit VS Klip Kerta untuk Menara

Turut diterangkan, sepanjang 3 hari 2 malam ini, setiap organisasi akan diberi ganjaran dalam bentuk token dan wang yang bakal digunakan untuk pelaburan pada hari terakhir kursus.

Cap Ayam, Buluh Oren Holding, Sixth Sense, Bako Aje Sdn Bhd dan BTSB menjadi lima nama organisasi koporat yang dipilih oleh peserta. Segala alatan tambahan serta maklumat tambahan yang diperlukan sepanjang kursus bagi melaksanakan semua aktiviti memerlukan setiap organisasi menguruskan aliran keluar masuk wang mereka.

Ujian IQ sebelum perlepasan Environmental Hunt

Kursus team building ini mencabar ketahanan mental, fizikal dan spiritual setiap peserta. Salah satu aktiviti, Environmental Hunt sebagai contoh memerlukan setiap organisasi menghabiskan semua aktivti dalam masa empat jam.

Perjalanan aktiviti Environmental Hunt ini adalah seperti Amazing Race. Bermula dengan menyelesaikan ujian IQ sebelum dilepaskan untuk melaksanakan tugasan pertama di Check Point 1 (CP1). Peserta juga dibekalkan dengan sebiji kompas sebagai pemandu arah mereka untuk bergerak ke check point kedua.

Ringkasan tugasan Pertama

Bermula di CP1 inilah kemahiran komunikasi, kerjasama antara peserta dan tahap kesabaran setiap peserta diuji. Barang amanah yang pertama, telur ayam perlu dijaga sebaik mungkin sehingga ke check point terakhir. Selesai tugasan pertama, setiap organisasi akan diberikan klu untuk diselesaikan sebagai platform untuk mencari CP 2.

Ringkasan tugasan kedua

Di CP 2, peserta diberikan bebanan tambahan sebagai barang amanah mereka yang perlu dijaga. Beras dalam genggaman serta kertas mahjung yang sentiasa terbuka harus dibawa merentasi arus anak sungai dan sentiasa berada ditengah-tengah anak sungai.

Ringkasan tugasan ketiga

Ringkasan tugasan keempat

Dari satu check point ke check point berikutnya, setiap organisasi akan diberikan barang amanah yang berlainan. Semua barang amanah ini akan digunakan di check point terakhir iaitu kemuncak aktiviti Environmental Hunt ini.

Rangkuman tugasan kelima

Perlu sembelih dan melapah ayam

Hasil masakan rimba peserta

Tugasan terakhir, memasak ala-ala komando dilaksanakan oleh setiap organisasi sebagai hidangan makan tengah hari mereka.Daripada bahan mentah seperti ayam hidup, beras dan telur, mereka dikehendaki menghasilkan suatu hidangan istimewa.

Kepercayaan pada diri sendiri dan rakan sekeliling

Atasi perasaan takut dan bina kepercayaan

Selain aktiviti Environmental Hunt yang mencabar fizikal, mental, dan memerlukan semangat kerjasama yang jitu, aktiviti seperti War Games, Menara Wang & Klip Kertas, Nilai, Kepercayaan serta Malam Kebudayaan turut mencabar kreativiti dan kesabaran menuntut kerjasama dan komunikasi yang utuh dalam melaksanakannya.

Rintangan berhalangan

Menyemberang dengan 2 tali

Setiap aktiviti menawarkan nilai ganjaran yang berbeza dan memerlukan mereka bersaing secara sihat bagi mendapatkan ganjaran tersebut. Dan jumlah ganjaran yang diterima digunakan untuk aktiviti terakhir.

Bursa Saham Kalumpang

Dinamakan Epal & Oren, setiap organisasi akan menguruskan semua ganjaran dan aset yang dimiliki untuk didagangkan dalam Bursa Saham Kalumpang. Jumlah ganjaran yang dikumpul sepanjang kursus dijalankan perlu diuruskan secara bijak oleh setiap organisasi supaya mendatangkan pulangan yang berlipat kali ganda ataupun menyebabkan organisasi itu akan jatuh muflis.

Merancang pengaliran wang keluar masuk

Selama 3 hari 2 malam berkampung di KRTC ini, dapat dilihat kesungguhan serta kerjasama yang tiada berbelah bahagi diberikan oleh semua peserta. Semangat untuk membawa diri dan organisasi maju setapak lagi ke hadapan jelas terpancar di riak wajah mereka. Di akhir kursus, antara maklum balas yang diterima daripada peserta kursus team buliding ini :

Terima kasih kepada semua fasilitator yang menjalankan semua aktiviti yang menarik dan berjaya menjalankan semua aktiviti di Kalumpang Resort bagi kumpulan sokongan 1 & 2 Gred 1 hingga 36. Kepada semua peserta ingatlah. Kita gred 1-40 adalah lantai dan tiang yang mengukuhkan sesuatu organisasi. Kumpulan profesional 41-48 adalah dinding yang bergantung kepada tiang untuk berdiri kukuh dan gred 52-tums adalah lampu yang hanya menghiasi sesuatu organisasi itu. Tanpa kita mereka tidak akan berada di atas dengan selesa. Terima kasih!! Jumpa lagi” – Mohamed Ikman bin Mohamed Razali, Pen. Pegawai Tadbir

Keseluruhan program adalah terbaik. Cuma perlu ditambah bilangan hari dari 3 ke 4 hari supaya lebih banyak pengisian boleh dijalankan dan tidak terlalu padat masa yang diperlukan untuk pertukaran dari satu sesi ke satu sesi yang lain” – Mohd Hasbullah Zakaria, Politeknik Balik Pulau Penang

Kursus teambuilding ini memang banyak manfaat yang kita perolehi. Banyak benda baru yang dipelajari dalam menjalani kehidupan semasa. Kalau boleh biar dilanjutkan kursus ini selama 4 hari memandangkan pada pandangan peribadi tempoh 3 hari tidak mencukupi untuk mempelajari sesuatu yang baru daripada kursus ini” – Mohammad Hafiz bin Ab. Rahim, Pembantu Am Pejabat N4, Kolej Komuniti Tangga Batu Melaka

Lagi gambaran kursus boleh dilihat di Galeri Album.

Bakat dan kreativiti dikeluarkan pada malam kebudayaan

Bersatu mempertahankan kubu

Jemputan Kursus Teambuilding boleh diemelkan ke info@fineacademy.com.my dengan tajuk “Kursus Team Building”

Comments

  1. Anonymous says

    Kursus Teambuilding ini perlu didedahkan khususnya kepada kakitangan awam supaya mereka sedar setiap tugas dan peranan mereka dalam organisasi amat penting bagi memastikan kejayaan sesebuah organisasi. Unsur-unsur negatif seperti sikap sambil lewa, buruk sangka, hasak dengki, selesa dan lain-lain perlu dikikis dan dihapuskan dari terus wujud dalam setiap diri. Manakala segala unsur-unsur positif perlu dipupuk setiap waktu agar ia terus segar dan kukuh dalam diri setiap individu. Bantulah mereka yang berfikiran negatif dengan persekitaran yang positif agar mereka boleh berubah ke arah yang lebih positif kerana hanya fikiran yang positif dan persekitaran yang positif sahaja yang boleh menghasilkan kejayaan individu dan kecemerlangan sesebuah organisasi. Bagaimana semangat teambuilding ini dapat terus wujud dan kekal ditempat kerja dan bukan hanya ditempat berkursus?

  2. Farhanah says

    Salam Sejahtera,

    Saya Farhanah daripada Koperasi Pengusaha Melayu Kuala Lumpur Berhad, Saya ingin meminta Sebutharga di tempat Puan/Tuan untuk Kursus Team Building selama 3 Hari 2 Malam dan 5 Hari 4 Malam, Seramai 40 orang. Terima Kasih.

  3. norlela says

    Saya Norlela daripada Jabatan Tenaga Kerja Sabah ingin meminta Sebutharga untuk Kursus Team Building selama 3 Hari 2 Malam Seramai 100 orang. Terima Kasih.

    • FINE Tribune says

      Cikpuan, Berikan nombor perhubungan supaya kami dapat berbincang langsung dengan pihak Cikpuan

  4. Nor Azimawati says

    Hi,

    Boleh beri sebutharga untuk program team building selama 2H 1M bagi 50 orang.
    Lokasi sama ada pihak tuan berikan atau pihak saya menentukan lokasi team building?

    Sekian terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *