Tentatif Program Bulan Ilmu (Julai dan Ogos 2011)

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Tuan /Puan/ Cik Puan,

FINE Academy di bawah pengurusan FINE Training Academy Sdn Bhd mengadakan promosi khas bagi Tuan/Puan/Cik Puan mengikuti program – program yang kami aturkan dalam bulan Julai hingga Ogos 2011.

Ini adalah bersempena program BULAN ILMU anjuran kami untuk menempuh bulan-bulan suci umat Islam iaitu Rejab, Syaaban dan Ramadhan.

Berikut merupakan program yang kami aturkan untuk perhatian Tuan/Puan/Cik Puan :

TENTATIF PROGRAM BULAN ILMU (JULAI DAN OGOS 2011)

1.    Bengkel Penulisan Tesis kepada Buku Bestseller, Tarikh: 16 & 17 Julai 2011

Yuran: RM550 Yuran Promosi Bulan Ilmu: RM450

Jurulatih Bengkel: TUAN MOHD IKRAM WAZIR, Jurulatih Kanan FINE Academy

Beliau adalah Timbalan Pengurus Besar Kumpulan Syarikat Penerbitan PTS. Kumpulan PTS adalah syarikat penerbitan buku berbahasa Melayu no. 1 Malaysia. Tuan Ikram sering dijemput mengendalikan bengkel-bengkel penulisan teknikal, laporan tahunan dan tesis ke buku bestseller di IPT, agensi kerajaan dan swasta.

2. Bengkel Penulisan Novel, Tarikh: 23 & 24 Julai 2011

Yuran: RM550 Yuran Promosi Bulan Ilmu: RM450

Jurulatih Bengkel: CIK PUAN SALINA IBRAHIM, Penulis dan Jurulatih Kanan FINE Academy

Beliau dijadikan rujukan para penulis baru yang mahu menjadi penulis novel dan karya kreatif. Sama ada secara sambilan atau pun sepenuh masa, nama Salina Ibrahim disebut sebagai salah seorang yang berautoriti dalam membimbing penulisan novel tempatan. Jurulatih bengkel-bengkel kreatif di organisasi kerajaan dan swasta. Juga jurulatih untuk Minggu Penulis Remaja, Dewan Bahasa & Pustaka.

3. Bengkel Power Selling dengan NLP, Tarikh: 30 & 31 Julai 2011

Yuran: RM550 Yuran Promosi Bulan Ilmu: RM450

Jurulatih Bengkel: TUAN MOHD RIZAL HASSAN, Jurulatih Bersekutu FINE Academy

Pengasas, International NLP Master Learning Facilitator dan NLP Master Coach di Take Charge Sdn Bhd.

Graduan dalam bidang Bahasa dan Sastera Inggeris dari Universiti Islam Antarabangsa. Memukakan kerjaya di bahagian Sumber Manusia Kinta Kellas PLC, anak syarikat Kumpulan Renong. Kemudian beliau berpindah ke Focus Learning Corporation Sdn Bhd sebagai perunding motivasi sebelum ke Gamuda Berhad sebagai Learning Facilitator selama 2 tahun.

Sekarang mengendalikan pelbagai bengkel di agensi swasta dan kerajaan berkaitan Neuro Linguistic Programme dengan jenama Program Take Charge! Stop Bangau-ing

4. Bengkel Penulisan Berita dan Rencana, Tarikh: 6 & 7 Ogos 2011

Yuran: RM550 Yuran Promosi Bulan Ilmu: RM450

Jurulatih Bengkel: TUAN ZAMRI MOHAMAD , Jurulatih Kanan FINE Academy

Merupakan pengarang profilik Malaysia dengan buku-buku bidang pembangunan diri, kerjaya, bisnes dan komunikasi interpersonal. Beliau pernah muncul dalam akhbar dan majalah seperti Utusan Malaysia melalui ruangan kampu, Bicara Agama, Rencana dan Pendapat.Terlibat sebagai penulis bebas dalam beberapa buah majalah dan akhbar tempatan sejak 2001. Siri penulisan beliau yang pernah disiarkan meliputi isu-isu kekeluargaan, remaja, masyarakat, remaja, dan agama.

BERAPAKAH PELABURAN

Yuran untuk kesetiap empat-empat program diatas hanyalah RM550.

Tawaran diberikan sebanyak RM450 kepada sesiapa yang mendaftar sebelum 10 Julai 2011.

Selepas 10 Julai 2011, yuran kembali kepada harga asal.

ANDA BERMINAT?
Hubungi sekarang, 012 962 8698 (Atiqah) ataupun 03 4149 2560 ataupun emailkan kepada latihan@fauzulnaim.com ataupun layari www.fnedugroup.com

Bertindak sekarang, tempahkan tempat untuk anda sebelum terlewat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *