Tip Membina Keyakinan Diri

yakin
Menurut McClement Mike,penulis buku “Self-ConfidenceBrilliant Self Confidence: How to Challenge Your Fears and Go for Anything You Want in Life”  menerangkan bahawa apabila kita ingin membuat sesuatu, kita perlu mengingat kembali apa kejayaan yang telah kita capai pada masa lampau. Persekitaran amat mempengaruhi diri kita dalam membentuk keyakinan diri dalam diri kita. Lihat sahaja semasa diri kita sewaktu kecil, kita bebas sahaja untuk melakukan sesuatu kerana tiada sesuatu yang menghalang diri kita. Tetapi, selepas seseorang itu menempuh alam dewasa akan berfikir mengenai 1000 perkara apabila ingin membuat sesuatu keputusan.. Menurut beliau lagi, tanda seseorang itu tidak mempunyai keyakinan diri ialah seseorang itu tidak berani untuk mempertahankan yang benar ataupun menegur perkara yang salah.

Terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan keyakinan diri dalam diri individu iaitu :

  • Berpakaian menarik dapat mengubah cara anda membawa diri serta berinteraksi dengan orang lain. Tidak perlu membeli pakaian mahal kerana yang penting ialah bagaimana anda memadankan pakaian dengan tudung, aksesori, kasut dan beg tudung supaya kelihatan menarik.
  • Postur badan yang baik memberi gambaran kepada orang lain bahawa kita mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
  • Cari kelebihan diri dengan menyenaraikannya dan membuat satu karangan mengenainya. Bacakan karangan ini di depan cermin setiap kali anda berasa kurang yakin dengan diri sendiri.
  • Bersyukur atas apa yang dimiliki seperti perkahwinan, keluarga, pekerjaan yang baik, kejayaan lampau dan juga kemahiran.
  • Ringankan mulut dengan pujian membuat orang dipuji berasa senang hati tetapi boleh menjadi pembuka kepada perbualan.
  • Duduk di barisan hadapan akan meningkatkan keyakinan diri. Belajarlah duduk di barisan depan bagi mengatasi ‘ketakutan’ yang tidak rasional itu.
  • Ambil peluang bercakap atau memberi pandangan walaupun sekali. Ini akan meningkatkan keyakinan anda untuk bercakap di depan orang ramai dan lebih yakin dengan pandangan anda.
  • Bersenam banyak memberi kesan ke atas keyakinan seseorang. Individu yang mempunyai berat badan seimbang biasanya lebih yakin dengan diri sendiri.
  • Senyuman yang terukir memberi kesan positif secara langsung kepada diri sendiri. Ia akan membuatkan kita berasa gembira dan tenang. Malah senyuman juga boleh melindungi keresahan hati dan ia boleh membuatkan anda tampak lebih yakin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>