TNB Membangunkan Pemimpin Masa Hadapan di Kursus ESQ Insan Super

23 Ogos 2013, ILSAS, Bangi – Tenaga Nasional Berhad melalui TNB Integrated Learning Solution (ILSAS) membangunkan generasi baru pemimpin masa hadapan Tenaga Nasional dengan menganjurkan kursus-kursus khusus buat eksekutif baru. Kursus-kursus ini direka bentuk khusus mengikut acuan yang menjadikan Tenaga Nasional unik dan berbeza daripada syarikat besar lain.

Para peserta dicabar minda dan fizikal mereka

Para peserta dicabar minda dan fizikal mereka

Pada 19 hingga 23 Ogos 2013, bertempat di ILSAS, Bangi seramai 70 orang kakitangan baru dilatih dengan kemahiran-kemahiran manusiawi terkini. Ia memperkasa potensi diri para kakitangan untuk memacu kejayaan diri serta organisasi di mana mereka berfungsi. FINE Training Academy Sdn Bhd (FINE Academy) diberikan tanggungjawab mengendalikan kursus selama 5 hari berturut-turut dengan dibahagikan peserta dalam dua kumpulan.

Jurulatih yang terbabit dalam kursus ESQ Insan Super ini adalah Tuan Fauzul Na’im Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FINE Academy sebagai ketua jurulatih kursus dengan dibantu jurulatih kanan Tuan Ikram Wazir, Tuan Yusry Yusopp dan Tuan Zusuf Kan. Input dibahagikan kepada bahagian perancangan hidup, muhasabah retrospektif, penetapan minda semasa dan perancangan masa hadapan hidup dengan strategi untuk mencapai segala impian hidup.

Setiap aktiviti dijalankan dikaitkan dengan perjalanan dunia pekerjaan di organisasi

Setiap aktiviti dijalankan dikaitkan dengan perjalanan dunia pekerjaan di organisasi

Ini adalah kursus batch pertama dan kedua ESQ Insan Super, ada lagi 6 batch yang bakal diadakan pada bulan September hingga Oktober 2013. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh Tenaga Nasional Berhad atas kepercayaan yang diberikan pada FINE Academy dan pasukan jurulatihnya. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai penganjuran kursus serupa di organisasi secara inhouse ataupun publik, boleh terus menghubungi Cik Noranita di talian 0162605506 ataupun telefon 0341492560. Boleh juga emelkan ke info@fineacademy.com.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>