Tuan Fauzul Na’im sebagai Ahli Panel di Motivasi Pagi, Rancangan Selamat Pagi Malaysia

27 Mac 2012, Jam 9.00 pagi– Tuan Fauzul Na’im Ishak, Presiden dan Jurulatih Utama FINE Training Academy dijemput sebagai jemputan dan tetamu VIP stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM1). Bertempat di Angkasapuri beliau berbual bicara dengan topik bertajuk “Lebih Sudu daripada Kuah”.

Antara isi penyampaian yang diberikan oleh Tuan Fauzul Na’im adalah kaedah mengatasi situasi apabila seseorang bertindak melebihi apa yang sepatutnya sehingga boleh menimbulkan konflik dan persepsi negatif. Beliau memberikan dua konsep utama dalam mengendalikan situasi ini pertama TOMAKNINAH (berhenti sebentar), sebelum membuat sebarang tanggapan kita perlu berhenti sebentar sebelum bertindak. Kedua WASATIYYAH (kesederhanaan) dalam berkomunikasi. Di bawah dikongsikan rakaman penuh sesi ini. Selamat menonton.

Kepada mana-mana organisasi yang berminat untuk menjemput para jurulatih dan perunding kami bagi mengisi mana-mana slot di televisyen atau radio, boleh hubungi pengurus perhubungan awam, Cik Atiqah di talian 0162605509 ataupun emelkan ke nuratiqah@fineacademy.com.my. Kami menunggu panggilan Tuan Puan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *