UPSI Anjur Kursus Transformasi Laporan Tahunan 2013

9 Disember 2013, UPSI – Laporan tahunan adalah laporan perkembangan dan pencapaian yang dicapai oleh sesebuah organisasi dalam masa setahun. Bagi menghasilkan sebuah laporan tahunan yang baik, terdapat beberapa perkara yang perlu mengetahui oleh para penulisnya. Antaranya adalah mereka perlu tahu:

  • Tujuan penulisan laporan adalah untuk memaklumkan prestasi sesebuah organisasi mengikut kehendak dan keperluan para pembacanya.
  • Mengenal pasti siapakah pembaca sebenar laporan tahunan, ia mungkin di kalangan pelabur sedia ada, pemegang amanah, bakal-bakal pelabor, kakitangan, kerajaan dan mungkin di kalangan media massa.
  • Menentukan tema laporan, iaitu menentukan apakah yang penting ataupun tidak, kekunci utama yang menjadi rujukan utama organisasi buat tahun itu.
  • Membuat analisa dalam bentuk penulisan dan grafik yang dapat memahamkan para pembacanya.
  • Komen pentadbir dan pembuat dasar terhadap prestasi organisasi.

Ini adalah antara perkara yang ditekankan di dalam sebuah laporan tahunan. Atas inisiatif untuk menghasilkan laporan tahunan terbaik, Bahagian Perancangan Korporat, Universiti Pendidikan Sultan Idris melantik perunding dan jurulatih Akademi Penulis (anak syarikat FINE Academy) untuk membantu dalam menjalankan transformasi laporan tahunan untuk tahun 2013.

Sesi ice breaking peserta

Sesi ice breaking peserta

Kursus ini dibahagikan kepada dua fasa iaitu FASA PERTAMA: Fasa perancangan dan pelan tindakan dan KEDUA: Pengumpulan maklumat dan penulisan. Fasa pertama kursus dijalankan di Dewan Sri Tanjung, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Jurulatih yang terlibat dalam kursus tersebut ialah Tuan Fauzul Na’im Ishak dan Tuan Ikram Wazir.

Sesi pembentangan tugasan ketika kursus

Sesi pembentangan tugasan ketika kursus

Kursus fasa pertama ini berlangsung selama 3 hari yang disediakan khas untuk kumpulan sidang penulis laporan tahunan iaitu seramai 24 orang. Kursus ini juga mendapat perhatian dari Naib Canselor UPSI sendiri , Yang Berbahagia Professor Dato’ Dr. Zakaria b. Kasa (d.s.d.k) yang turut sudi hadir memberi kata-kata amanat kepada sidang penulis laporan tahunan sebelum kursus tersebut bermula.

Tuan Ikram Wazir memperkenalkan konsep laporan tahunan berkredibiliti

Tuan Ikram Wazir memperkenalkan konsep laporan tahunan berkredibiliti

Ia terbahagi kepada 6 modul dimana modul 1, 2 dan 3 berkaitan dengan motivasi penulisan laporan tahunan. Dalam modul tersebut, peserta didedahkan tentang 4 perkara yang utama iaitu, motivasi penulisan umum, motivasi penulisan laporan tahunan, profil pembaca dan pengenalan kepada kaedah ribut minda. Modul 4, 5, dan 6 pula berkaitan dengan penulisan laporan tahunan. Dalam modul tersebut, peserta didedahkan mengenai 3 perkara yang utama iaitu dunia editor dan wartawan, gaya penulisan laporan tahunan, serta penulisan rencana dan berita. Para peserta juga dilatih menggunakan dua kaedah berfikir bagi tujuan menjenamakan semula laporan tahunan. Kaedah pertama adalah menggunakan Kanvas Model Bisnes dan kedua Kaedah Enam Topi Berfikir. Kaedah Kanvas Model Bisnes bagi mendalami gelagat orgasisasi UPSI dalam tahun 2013. Kanvas Model Bisnes ini seringkali diguna untuk membangunkan pelan strategik organisasi bagi memperincikan setiap segi perancangannya. Dalam kursus ini ia digunakan bagi memperincikan setiap sudut pelaksanaan perancangan organisasi UPSI. ‘Enam Topi Berfikir ‘ adalah satu teknik berkuasa untuk melihat keputusan dari beberapa perspektif yang penting. Ini memaksa peserta untuk berfikir di luar kotak dan membantu mereka untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas dari semua perspektif. Alat ini telah dicipta oleh Edward de Bono dalam buku ‘6 Topi Berfikir ‘ beliau.

Tuan Fauzul Na'im memperkenalkan kaedah brainstorming menggunakan Kanvas Model Bisnes dan 6 Topi Berfikir

Tuan Fauzul Na’im memperkenalkan kaedah brainstorming menggunakan Kanvas Model Bisnes dan 6 Topi Berfikir

Kursus ini telah mendapat maklumbalas yang positif daripada peserta. Mereka amat berpuas hati akan input yang telah diberikan oleh jurulatih. Ia akan disambung untuk fasa kedua pada bulan Februari 2014. Sasaran keseluruhan laporan tahunan ini akan dimuktamadkan deraf pertamanya bulan Mac 2014. “ Kursus yang dianjurkan banyak memberi manfaat dan membuka minda, banyak perkara berkaitan penulisan laporan tahunan adalah jelas dan perbincangan interaktif. “ – Siti Sumaizan Ramli, Timbalan Ketua Pustakawan “ Penyampaian caramah jelas dan mencapai objektif kursus, banyak info dan maklumat penulisan diterima dan boleh dijadikan panduan untuk diaplikasikan. “ – Marlina, Pegawai Tadbir “ Banyak melibatkan pemikiran dan sumbangan idea daripada peserta secara kritis. “ – Shariza Haryati Zabri, Penolong Pendaftar Pusat ICT Pihak FINE Academy mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Bahagian Perancangan Korporat, UPSI atas kepercayaan diberikan. Kepada agensi kerajaan ataupun swasta yang berminat untuk mengadakan kursus ini di tempat Tuan dan Puan boleh hubungi Pengurus Divisyen Latihan, Cik Noranita di talian (+6) 016 2605 506 ataupun hubungi pejabat urusan FINE Academy di talian (+6) 03 4149 560.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *