UTEM Menyerlahkan Keterampilan Diri Setiausaha Super

17 November 2013, Hotel Quayside, Melaka – Seramai 40 orang kakitangan Univiersiti Teknikal Malaysia Melaka menyertai Program Tampil Bergaya :Serlahkan Kredibiliti Tingkatkan Reputasi anjuran FINE Training Academy Sdn Bhd. Kursus selama 2 hari ini dikendalikan oleh Cik Farah Lina Rahim, jurulatih dalam bidang penampilan diri. Kursus memberikan input terkini kaedah penampilan diri dan pengurusan imej.

Antara yang dikongsikan adalah mengenai pakej diri yang perlu ada dalam diri seseorang itu bagi menunjukkan ciri-ciri individu berpenampilan diri profesional. Imej individu ini membina persepsi positif terutama dalam berurusan dengan orang lain terutamanya para pelanggan, rakan sekerja juga pengurusan atasan.

IMAG1085

Kursus ini menerapkan elemen A (Appearance), B (Behavior) dan C (Communication). Ketiga-tiga elemen ini penting dalam membentuk sebuah imej yang berketerampilan. Para peserta juga didedahkan dengan kaedah komunikasi berkesan untuk memperbaiki cara mereka berhubung sesama individu di dalam dan di luar organisasi. Mereka juga memahami kaedah menganalisis imej diri dan apa yang perlu untuk ditambahbaik pada diri mereka.

Kursus ini mendapat maklumbalas yang amat menggalakkan daripada para peserta. Suasana program ini dihidupkan lagi dengan pelbagai soalan menarik diajukan kepada Cik Farah Lina yang memeriahkan lagi suasana semasa program dijalankan.

Pihak FINE Training Academy mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak UTEM di atas kepercayaan yang diberikan. Kepada organisasi yang berminat untuk menganjurkan program serupa di tempat Tuan dan Puan, boleh terus hubungi pejabat di 0341492560 ataupun emel ke info@fineacademy.com.my ataupun guna borang online yang disertakan pada laman web ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *