UTHM Me’murni’kan dan Memperkasa Manuskrip Para Pensyarah

8 September 2013 – Pejabat Penerbit Universiti Tun Hussein Onn Malaysia menjadi antara penerbitan universiti sentiasa ke hadapan dengan memperkenalkan buku terbitan baru berkualiti dan ┬ábercitarasa baru. Pelbagai inisiatif dibuat untuk menggalakkan penghasilan buku-buku terbaik di kalangan para pensyarah universiti. Antara inisiatif yang diperkenalkan adalah dengan kursus-kursus penulisan yang membawa para jurulatih dan pakar penerbitan untuk memberikan input terkini industri penulisan dan penerbitan buku. Para peserta kursus ini digalakkan untuk menghasilkan proposal untuk tujuan kelulusan dan apabila diluluskan ia dikira dijamin terbit.

Tuan Fauzul Na'im membentangkan kaedah menghasilkan judul buku berkuasa tinggi

Tuan Fauzul Na’im membentangkan kaedah menghasilkan judul buku berkuasa tinggi

Sehubungan dengan itu, mana-mana kertas cadangan yang diluluskan akan disenarai panjangkan bagi tujuan penerbitan tahun tertentu mengikut perancangan penerbitan penerbit. Atas inisiatif pejabat penerbit, Kursus Pemerkasaan Manuskrip diadakan untuk membolehkan para penulis memperoleh khidmat nasihat dan perundingan terus daripada para pakar penerbitan. Kursus ini dikendalikan oleh Tuan Fauzul Na’im Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap perunding prinsipal FINE Academy. Beliau juga adalah Pengarah Penerbitan PTS Media Group Sdn Bhd, syarikat penerbitan buku berbahasa Melayu paling agresif menerbitkan buku di Malaysia.┬áBeliau dibantu oleh Tuan Ikram Wazir, Pengarah R & D FINE Academy merangkan jurulatih kanan di FINE Academy. Beliau juga adalah Pengurus Besar Penerbitan PTS Media Group.

Para peserta membuat 'pembelian buku' tulisan para peserta yang menghadiri kursus

Para peserta membuat ‘pembelian buku’ tulisan para peserta yang menghadiri kursus

Para peserta diberikan penerangan oleh para perunding bagaimana untuk mereka bentuk judul, struktur buku dan menterjemah karya ke dalam bentuk mesra pembaca. Mereka juga dibahagikan kepada kumpulan yang disertakan dengan perunding tambahan daripada kalangan editor syarikat penerbitan buku. Dalam sesi ini para pensyarah diberikan perundingan secara terus untuk memastikan buku-buku yang bakal diterbitkan lebih berkualiti mengikut standard penerbitan semasa. Kursus 3 hari 2 malam ini diadakan di Shah’s Beach Resort, Klebang, Melaka. Mana-mana organisasi yang berminat untuk mengadakan kursus serupa boleh terus menghubungi Cik Noranita, 0162605506 ataupun 0341492560. 20130906_211138 20130906_205254 20130906_205102 20130906_205002 20130906_204946 20130906_201314 20130906_205001 20130906_205044 20130906_205120 20130906_205255P1130419 P1130420 P1130421 P1130422P1130430 P1130431 P1130432 P1130433

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *