Web Akademi Penulis Versi Baru Dilancarkan

Alhamdulillah hari ini dengan bangganya Akademi Penulis melancarkan laman web versi baru. Ia direka bentuk semula dengan ciri-ciri yang lebih mesra pembaca. Pihak Akademi Penulis berusaha untuk menjadikan laman web ini sebagai pusat sehenti rujukan penulis dengan menambahkan beberapa ruangan.

Antara ruangan terbaru adalah ruangan Kolumnis di mana para jurulatih Akademi Penulis akan memberikan tip-tip menarik untuk amalan para penulis. InsyaAllah daripada semasa kepada semasa ada lagi ruangan lain diperkenalkan. Teruskan setia dengan Akademi Penulis dan manfaatkan segala input diberikan di laman ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *