PENGURUS PEJABAT EFEKTIF | Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Pejabat

Malaysia semakin hari semakin dekat dengan tahun 2020 yang mana disasarkan sebagai tarikh sasaran bagi mencapai status negara maju daripada segenap aspek. Dalam konteks ini, sasaran itu perlu disusuli dengan tindakan bagi memastikan semua jentera dalam negara bergerak ke arah sasaran yang sama. Salah satu komponen penting dalam proses menilai dan meningkatkan keupayaan negara menjadi negara maju adalah daripada aspek keberkesanan sistem pengurusan sama ada melibatkan sektor swasta mahupun kerajaan.

Antara aspek yang seharusnya diberikan tumpuan adalah keberkesanan penyampaian perkhidmatan, pengurusan organisasi yang cekap dan pengurusan integriti serta tahap komunikasi yang lebih tersusun sama ada ia dalam aspek komunikasi bertulis ataupun lisan.

Menyedari hal ini, Pihak FINE Training Academy Sdn Bhd Mengambil inisiatif untuk membantu organisasi yang berhasrat untuk memperkasa tahap pengurusan khususnya melibatkan aspek, pengurusan am pejabat, asas pentadbiran sumber manusia berkesan, kecantikan dan ketampanan sosial korporat serta komunikasi lisan dengan sistem yang lebih tersusun dan teratur bagi memastikan tahap pengurusan yang bercitra antarabangsa dan setanding dengan negara maju.

Justifikasi

Sama ada pihak swasta mahupun kerajaan, kedua-duanya akan berhadapan dengan perkara asas melibatkan pengurusan pejabat dan pentadbiran sumber manusia khususnya berkaitankan komunikasi dalam organisasi. Walaupun ia perkara asas namun sebahagian organisasi yang tidak menguruskan kefahaman mengenai aspek ini secara hemah secara tidak langsung berhadapan dengan masalah ketidakcekapan anggota. Ini juga secara tidak langsung membawa kepada penampilan pegawai yang tidak mampu menampilkan kecantikan dan ketampanan sosial korporat yang baik.

Isu yang berbangkit adalah pegawai yang kurang mahir dalam pengendalian pengurus pejabat dan kadangkala menampilkan masalah ketidakcekapan.

Justeru, kehadiran FINE Training Academy Sdn Bhd Adalah bagi membantu organisasi mengatasi masalah itu. Melalui modul Pengurusan Am Pejabat, Pentadbiran Sumber Manusia, Kecantikan dan Ketampanan Sosial Korporat, kami percaya peserta akan diberikan curahan pengalaman, teknik, rahsia, tip dan saranan untuk memastikan sasaran organisasi berjaya dicapai dengan kualiti pengurusan yang setanding dengan organisasi antarabangsa.

Objektif Bengkel

Objektif bengkel ini adalah seperti berikut:

  • Mendedahkan asas-asas pengurusan pejabat yang berkualiti.
  • Melatih pegawai dan staf organisasi supaya memiliki kemahiran tataberbahasa yang sesuai bagi penampilan kecantikan dan ketampanan sosial yang baik dalam organisasi.
  • Asas-asas sistem pengurusan sumber manusia berkesan bagi organisasi.

Pengisian Modul

  • Modul 1: Menjadi Pengurus Pejabat Efektif & Dinamik
  • Modul 2 : Kemahiran Membuat Keutamaan Dalam Tugasan Pejabat
  • Modul 3 : Mengurus Konflik di Pejabat
  • Modul 4: Memahami Konsep Pengurusan Pejabat
  • Modul 5: Memahami Tatabahasa dan Tata Berbahasa di Pejabat
  • Modul 6: ANDA – Adalah Duta Pejabat Anda
  • Modul 7: Memahami Pengaruh Bahasa Badan Efektif

Durasi Program

Kursus pengurusan dan pentadbiran pejabat ini diadakan dalam tempoh 1 hari (asas), 2 hari (pertengahan) dan 3 hari (advance)

kursuspengurusanpejabat

kursuspengurusanpejabat2

 

sebut-harga-kursus

Kongsi artikel ini...Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterPrint this page

share on