TEAM SUPER Re-CHARGE! Membangunkan Pasukan Dinamik & Efektif | Kursus Team Building | Kursus Semangat Berpasukan

Dunia bergerak pantas dan perubahan berlaku terlalu cepat sehingga jika kita terlambat, kita akan ketinggalan. Justeru, bagi organisasi yang dinamik, kemampuan untuk menyesuaikan diri dengan perkembangan ini menjadi bonus dalam mengungguli carta negara terbaik dunia.

Antara instrumen yang terlibat dalam memastikan dinamika dalam organisasi terus berada di tahap yang maksimum adalah keupayaan membudayakan semangat berpasukan dalam diri setiap entiti yang ada dalam komposisi organisasi itu.

Semangat berpasukan yang kuat memudahkan gerak kerja dalam sebarang aktiviti melibatkan kerjasama antara pengurusan dan kumpulan sokongan sebaliknya semangat berpasukan yang lemah akan menyebabkan gerak kerja organisasi menjadi terbantut.

Setiap individu dalam organisasi harus memainkan peranan dalam memastikan semangat berpasukan menjadi budaya yang mengakar umbi dalam diri. Seterusnya, ia harus dijadikan budaya yang mendasari setiap tindakan yang dilakukan. Pastinya, ia bukanlah tugas mudah.

Durasi Program

Kursus team building ini dapat dijalankan untuk tempoh 1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan dan 3 hari untuk peringkat Advance

Para peserta dalam program akan menempuh 4 fasa Re-CHARGE pasukan iaitu:

Fasa FORMING

Ini adalah fasa mewujudkan persefahaman di antara ahli pasukan. Setiap ahli mengenal, melihat dan beradaptasi dalam pasukan. Ini adalah fasa paling genting dalam menentukan sama ada ahli pasukan dapat bekerjasama sebagai satu pasukan ataupun tidak.

Fasa STORMING

Ini adalah fasa untuk bekerja bersama. Masing-masing memberikan pandangan dan mempertahankan pandangan sendiri. Pada fasa ini setiap individu dalam pasukan perlu memahami peranan masing-masing dalam organisasi. Ia adalah fasa pengembanga organisasi.

Fasa NORMING

Fasa ini adalah fasa persetujuan. Setiap ahli bersetuju dengan satu visi dan satu matlamat pasukan. Ada yang berlapang dada melepaskan idea untuk bersetuju dengan idea orang lain. Ini adalah satu pengorbanan untuk memastikan cita-cita pasukan tercapai. Semua ahli pasukan perlu berperanan untuk mencapai kejayaan pasukan.

Fasa PERFORMING

Ini adalah fasa terakhir dalam berpasukan iaitu fasa menunjukkan prestasi. Apabila semua ahli pasukan berfungsi dengan baik dan menunjukkan prestasi optimum. Kejayaan pasti dicapai, gunung yang besar pun dapat diruntuhkan.

Apa Yang Peserta Peroleh Daripada Program Ini?

Anda menyertai program ini, Anda akan dapat:

  • Menghayati dan memperincikan 4 fasa pembentukan pasukan efektif
  • Mempraktikkan gaya komunikasi berkesan dalam memperkasa organisasi
  • Mengenalpasti kekuatan pasukan dan peluang untuk memperkasanya

kursusteamsuperkemas

kursusteamsuperkemas2

kursusteamskpt

sebut harga

Kongsi artikel ini...Share on FacebookShare on Google+Tweet about this on TwitterPrint this page

share on