DiSC

FINE Academy adalah penyedia perkhidmatan perundingan untuk Analisa Profil DiSC. Teori DiSC ini diperkenalkan oleh seorang pakar psikologi, William Marston sekitar tahun 1920-an. Ia kali pertama diperkenalkan melalui buku tulisan beliau The Emotions of Normal People. Ini adalah cubaan pertama dalam mengaplikasikan psikologi kepada manusia biasa tanpa melalui sistem klinikal tulin.

Marston dikenali sebagai pencipta kepada sistem pengesan penipuan yang digunakan sehingga hari ini. Ia memperkenalkan DiSC bagi mengkaji kecenderungan motivasi manusia. Sistem Analisa Profil DiSC yang hanya menggunakan 24 pilihan pernyataan mudah bagi membolehkan kita menilai perilaku manusia dan membuat perbandingan di antaranya.

Analisa Profil DiSC berkembang sebagai salah satu alat untuk sistem penilaian kecenderungan perilaku manusia paling banyak digunakan di dunia. Analisa Profil DiSC ini dipersembahkan dalam bentuk graf ringkas yang boleh difahami dengan sedikit pengalaman. Alat ini juga dapat memudahkan sumber manusia organisasi untuk membuat penstrukturan ataupun pengambilan kakitangan yang benar-benar sesuai dengan organisasi.

Analisa Profil DiSC individu dibandingkan dengan profil jawatan memudahkan penstrukturan dan pengambilan kakitangan

Analisa Profil DiSC individu dibandingkan dengan profil jawatan memudahkan penstrukturan dan pengambilan kakitangan

Alat Analisa Profil DiSC

Analisa Profil DiSC menggunakan set 24 pernyataan kaji selidik yang terdiri daripada empat pilihan. Setiap individu perlu memilih satu pilihan LEBIH (ciri paling dominan pada diri) dan satu pilihan KURANG (ciri paling kurang dominan pada diri).

Pengisian borang ini hanya mengambil masa tidak lebih daripada 15 minit dan boleh dilakukan secara atas talian (online) ataupun di luar talian (offline). Hasil daripada soalan kaji selidik ia akan mengeluarkan 3 bentuk graf Analisa Profil DiSC (rujuk Rajah 1) yang berbeza iaitu Graf Dalaman (Semulajadi), Graf Luaran (Penyesuaian) dan Graf Kestabilan.

i) Graf Dalaman (Semulajadi)

Graf Profil Dalaman ataupun Gaya Semulajadi menunjukkan kecenderungan tingkah laju secara semulajadi atau imej diri. Graf ini statik dan stabil sepanjang hidup. Ia adalah keadaan pada ketika individu itu berada dalam keadaan tenang dan tidak defensif.

ii) Graf Luaran (Graf Penyesuaian)

Graf Profil Luaran ataupun Gaya Penyesuaian menggambarkan kecenderungan perilaku di persekitaran kerja. Ia menunjukkan reaksi terhadap kuasa yang diberi atau suasana formal.

iii) Graf Kestabilan

Pada keadaan sebenar, manusia akan menunjukkan kecenderungan perilaku konsisten berdasarkan gabungan kedua-dua graf ini. Graf kestabilan menunjukkan kecenderungan perilaku pada keadaan tekanan. Ia boleh dikaitkan dengan tarikh akhir, KPI, konfrontasi, negosiasi dan diskusi sukar, krisis pengurusan dan sebagainya.

4 (Empat) Dimensi DiSC

Ujian DISC mengukur 4 jenis trait atau dimensi utama perilaku. 4 trait ini yang memberikan nama kepada sistem DiSC.

A) Dimensi D: Dominance (Kuasa)

Dominance (D) menunjukkan faktor kuasa dan kawalan. Graf DISC yang menunjukkan peringkat D yang tinggi berkaitan dengan perilaku yang suka mengarah, suka menuntut dan kompetitif. Individu dengan faktor D tinggi sentiasa ingin berada dalam kawalan, mereka suka mencari kuasa dengan menjadi ketua dan memberikan penyelesaian apabila perlu.

D-Tinggi (Individu dengan peringkat Dominance yang tinggi) adalah seorang yang bercita-cita tinggi.

B) Dimensi i: Faktor Influence (Pengaruh)

Influence (I) ataupun pengaruh adalah faktor DISC yang menunjukkan perilaku sukakan aktiviti luar dan bersosial. Individu dengan faktor I yang tinggi selalunya berfikiran terbuka, suka mencari rakan dan jaringan baru. Mereka amat gembira apabila berada di persekitaran ramai orang. Mereka berasa tenang dan yakin dalan semua situasi sosial. Faktor I-Tinggi (Orang yang mempunyai faktor Influence yang tinggi) amat termotivasi dengan perhatian dan apresiasi orang lain. Mereka akan sentiasa berusaha menjadi pusat perhatian ramai.

I-Tinggi selalu bekerja mengikut perasaan dan amat emosional dalam menghadapi sebarang situasi. Ini menyebabkan kadangkala mereka dalam keadaan tidak menentu kerana mereka amat berminat untuk mengetahui perasaan orang lain terhadap dirinya. Banyak bercakap dan berfikiran terbuka, mereka mudah mempercayai orang dan mudah terasa hati jika pandangan mereka ditolak.

C) Dimensi S: Faktor Steadiness (Kemantapan)

Steadiness ataupun Kemantapan adalah faktor ketiga di bawah DISC. Ia berkaitan kualiti perilaku kesabaran, kegigihan dan simpati. Seseorang individu dengan faktor Steadiness adalah seorang yang sentiasa mesra tetapi mempunyai kekurangan kemahiran bersosial sepertimana faktor I. Mereka ini suka berada di sekeliling orang lain tetapi kurang bercakap, cuma suka mendengar.

Elemen penting mengenai S-Tinggi (Orang dengan faktor Steadiness yang tinggi) adalah mereka mahukan masa untuk diri mereka, bersabar dan berfikir merancang untuk setiap langkah dan perkataan yang mereka gunakan.
Faktor S-Tinggi dianalisa sebagai individu yang tidak sukakan perubahan, suka untuk mempertahan status quo yang boleh dijangka . Mereka tidak sukakan perubahan ataupun gangguan mendadak.

Mereka ini tenang dan penyabar. S-Tinggi adalah individu yang secara semulajadinya amat setia dan boleh dipercayai. Ia amat gigih dan akan melakukan sesuatu kerja berterusan sehingga semuanya siap.

D) Dimensi C: Faktor Compliance (Kepatuhan)

Compliance ataupun Kepatuhan adalah faktor keempat dan terakhir dalam DISC. Ia berkaitan pendekatan rasional dalam hidup. Seorang yang mempunyai faktor Compliance tinggi amat berminat pada fakta dan perincian. Mereka sentiasa melihat sesuatu perkara secara praktikal dan jangka panjang. Mereka jarang sekali bertindak mengikut emosi dan gerak hati. Mereka merancang setiap satu gerak kerja dengan mengambil kira semua kemungkinan yang bakal berlaku.

Individu dengan sebegini sentiasa mengikut peraturan dan patuh kepada arahan. Ini kerana mereka sukakan peraturan dan gerak kerja berstruktur. Mereka amat menghargai ketepatan dan ketelitian, mempunyai sedikit masa untuk melihat dengan pandangan luas.

Orang dengan faktor C-Tinggi (Faktor Compliance Tinggi) tidak suka mengambil risiko. Mereka mempunyai kecenderungan untuk lari daripada tanggungjawab dan berbohong jika berada dalam tekanan. Walaubagaimanapun, mereka ini individu yang pandai menyelesaikan masa. Mereka mempunyai kebolehan semulajadi untuk menstrukturkan dan menterjemahkan maklumat.

Berminat untuk mengetahui lanjut mengenai DiSC?

Pihak kami amat berminat untuk membantu Tuan Puan ataupun organisasi yang berminat untuk menggunakan alat DiSC ini dalam memperkasa diri dan organisasi tempat kerja Tuan Puan. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini boleh dibuat kepada kami di talian 03-4149 2560/41314082 ataupun emel training@fineacademy.com.my. Pihak kami menyediakan modul-modul latihan DiSC untuk peningkatan kemahiran kejurujualan, komunikasi, perhubungan, kepimpinan dan keusahawanan. Pihak kami bersedia untuk mereka khas modul bersesuaian dengan organisasi Tuan Puan. Hubungi kami sekarang.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan Analisa Profil DiSC untuk diri sendiri, sila ke laman Analisa Profil DiSC (klik pautan). Pihak kami bersedia untuk memberikan khidmat perundingan secara one-to-one untuk Tuan Puan.

Pihak kami menunggu panggilan daripada Tuan Puan.

share on