TENTANG KAMI

BAKAT ANDA | MASA HADAPAN DUNIA

 

FINE TRAINING ACADEMY SDN BHD ataupun lebih dikenali dengan FINE Academy adalah sebuah Pusat Pembangunan Potensi dan Bakat yang beribu pejabat di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur. Kami sudah berada dalam industri pembangunan potensi manusia ini sejak tahun 2009.

Fokus kami adalah membantu pegawai sumber manusia, latihan dan para majikan untuk memperkasa bakat dan membangunkan potensi diri warga kerja di organisasi kerajaan dan swasta supaya mereka dapat meningkatkan keberkesanan kerja dalam meningkatkan produktiviti kerja.

Ia dilakukan melalui pendekatan holistik dengan 3 langkah iaitu:

A) ANALISA: Kami menganalisa kekuatan dan kelemahan warga kerja menggunakan alat analisa profail tingkah laku dengan 88% ketepatan.

Teknologi yang dikenali sebagai Analisa Profail Tingkah Laku DynamicDISC™ ini diguna pakai di seluruh dunia.

Hanya dalam tempoh 7 minit dapat membongkar rahsia potensi diri manusia terpendam sejak dilahirkan hingga sekarang.

B) PERKASA: Kami memperkasa warga kerja dengan program transformasi minda dan pembangunan potensi diri yang sudah membangun lebih 20,000 orang individu sejak tahun 2009.

Antara pelanggan kami yang pernah mendapat manfaat dariapadanya adalah Tenaga Nasional Berhad, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Perdana Menteri dan banyak lagi organisasi kerajaan mahupun swasta.

C) MANTAPKAN KEMAHIRAN: Kami memperkasa warga kerja dengan program pembangunan kemahiran manusiawi seperti kemahiran komunikasi, pembentangan, mengurus pejabat, ketrampilan diri dan penulisan.

Gerakan pembangunan potensi dan bakat hasil gabungan idea, pemikiran dan kepakaran para pengamal industri, pejuang dan pemerkasa ummah yang bersatu atas satu ikatan hati dan suara. Kesemua mempunyai misi sama iaitu berjuang membangunkan masyarakat dengan ilmu dan kemahiran mengikut trend terkini industri untuk membangunkan masyarakat berjiwa besar dan berminda positif.

Kami amat yakin dan percaya bahawa setiap insan dilahirkan dengan potensi dan bakat tersendiri. Keistimewaan yang sentiasa berada di dalam diri ini kadangkala terpendam disebabkan individu terlampau fokus kepada perkara yang menenggelamkan potensi itu. Sikap suka melihat kelemahan diri, kelemahan orang dan kelemahan masyarakat menyebabkan mereka ini terlupa untuk membangunkan kekuatan yang ada dalam diri. Setiap individu sentiasa diberikan pilihan sama ada mahu fokus kepada kelemahan ataupun kekuatan. Sama ada individu merasakan mahu memperbaiki kelemahan diri atau memperkukuh kekuatan ia adalah perkara yang positif bagi membangkitkan kuasa terpendam di dalam diri.

Semangat dan roh perjuangan ini diterjemahkan ke dalam bentuk penghasilan modul latihan dan program yang direka bentuk khusus bagi menggilap dan mencungkil potensi serta bakal terpendam bagi memacu kejayaan dalam hidup sebagai seorang pekerja, ayah, ibu, anak dan hamba kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa.

Keunikan FINE Academy

FINE Academy diwujudkan oleh para individu yang bukan daripada latar belakang pembangunan diri dan motivasi. Kesemua mereka memulakan kerjaya dalam bidang masing-masing. Mereka menimba pelbagai pengalaman selama berada dalam industri kemudian diterjemahkan ke dalam bentuk pengisian modul dan perkhidmatan untuk dikongsikan dengan masyarakat. Ada di antara mereka masih lagi berada di dalam industri dan ada yang sudah menjadi jurulatih dan perunding sepenuh masa.

FINE Academy  sudah bertapak sejak tahun 2009 dan beroperasi di pejabat urusannya di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur. Ia melebarkan sayapnya ke Zon Selatan dan Timur dengan pengwujudan pejabat satelitnya di Kulaijaya, Johor dan Kota Bharu, Kelantan. Sehingga sekarang FINE Academy menjadi pilihan organisasi utama di Malaysia untuk mengendalikan kursus berkaitan pembangunan diri, komunikasi, penulisan, pemantapan pentadbiran organisasi, penampilan diri dan juga kreativiti serta inovasi.

FINE Academy memberikan perkhidmatan dalam bentuk latihan pembangunan diri dan kemahiran, coaching dan pementoran serta perundingan. Tahun 2014, FINE Academy ke hadapan dengan memperkenalkan 8 produk latihan dan perundingan yang dapat diperoleh maklumatnya melalui laman web ini. Ada yang sudah dimulakan sekian lama dan diberikan nafas baru, selebihnya dalam proses pembangunan secara organik bertahap-tahap.

Logo FINE Training Academy

Visi Syarikat

FINE Academy ingin menjadi sebuah syarikat perunding latihan dan konsultasi pilihan utama bagi organisasi dan individu dalam meningkatkan kualiti dan produktiviti, memperkasa pengetahuan dan memacu kejayaan mereka di Malaysia sebelum 2020, ASEAN sebelum 2025 dan antarabangsa sebelum tahun 2030.

Misi

Bagi mencapai visi yang digagaskan FINE Academy amat komited untuk:

  • Dikenali sebagai pendahulu dan pemimpin untuk setiap kategori program latihan dan konsultasi yang diceburi.
  • Mereka bentuk sesuatu progran berdasarkan spesifikasi diperlukan dan dikehendaki oleh organisasi berdasarkan standard industri.
  • Membangunkan hubungan baik dengan pelbagai pihak terutamanya para pelanggan di kalangan organisasi dan industri atas kepercayaan.
  • Menjadi syarikat pilihan utama kerana kualiti tinggi dan prestasi cemerlang dalam membantu meningkatkan produktiviti para pelanggan kami.

Objektif

  • Melahirkan para peserta ataupun organisasi yang mempunyai kemahiran, keupayaan dan keperluan untuk memacu produktiviti diri dan organisasi di mana mereka bekerja.
  • Menyumbang dan meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran yang rasional, kreatif, kritis dan konstruktif pada peserta program kendalian kami.
  • Meningkatkan produktiviti organisasi dengan Return On Investment minimum 30% bagi setiap program kendalian FINE Academy di organisasi terbabit.

Muat Turun Profail FINE Academy

Anda boleh memuat turun Profail Terkini FINE Training Academy Sdn Bhd di sini

share on