Pasukan Perunding Latihan dan Motivasi
FAUZUL NAIM ISHAK
Fauzul Na’im Ishak adalah Master Trainer dan Presiden kepada kumpulan syarikat FINE Academy. Beliau adalah jurulatih yang diberikan kepercayaan untuk memperkasa organisasi-organisasi hebat di Malaysia antaranya Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pengajian Tinggi. Beliau diberikan kepercayaan membangun potensi diri warga kerja 16,000 orang kakitangan Tenaga Nasional Berhad dalam program Transformasi 1TNB Better.Brighter dalam tempoh 3 tahun (2013-2016) dan 1,200 orang warga kerja Kolej Polytech Mara dalam program Insan Super.
Beliau adalah juga Master Trainer DynamicDISC Profile Analyst, Certified NLP Master Practitioner, Certified NLP Coach, Certified Practitioner of Timeline Therapy, Certified Practitioner of Language & Behavioural Profile, Certified Trainer Pembangunan Sumber Manusia Berhad, Certified Trainer GEM International, Certified Trainer Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia, Certified Professional Learning Facilitator (Mastery) Take Charge Sdn Bhd dan Certified Behavioural Consultant.
ZAMRI MOHAMAD
Merupakan jurulatih dan perunding kanan yang aktif mengendalikan bengkel penulisan di dalam dan luar negara. Seorang penulis sepenuh masa dan rakan strategik pembangunan imej organisasi melalui penulisan dan kempen media online serta offline. Beliau sudah menulis 20 buah buku dalam pasaran. Beliau menulis secara aktif dalam akhbar dan majalah sebelum ini antaranya Dewan Ekonomi, Dewan Siswa, Dewan Masyarakat, Minda, Majalah-I dan Mutiara Minda. Seorang jurulatih bertauliah daripada Pembangunan Sumber Manusia Berhad. Aktif dalam melancarkan gerakan pembacaan melalui Baca@LRT, Baca@Komuter dan terlibat secara aktif dalam Perbadanan Kota Buku Berhad.
IKRAM WAZIR
Pengurus Besar Penerbitan PTS Media Group Sdn. Bhd., syarikat yang menaungi Kumpulan Penerbitan PTS. Graduan jurusan ekonomi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini bermula daripada menjadi seorang editor peroleh di PTS Millennia Sdn Bhd, membangunkan produk-produk buku bestseller di sana. Beliau sering dijemput mengendalikan bengkel-bengkel penulisan dokumen rasmi kerajaan dan bengkel mengalihkan tesis kepada buku bestseller di institusi kerajaan dan institusi pengajian tinggi di seluruh negara. Beliau juga pernah menghasilkan beberapa buah buku antaranya buku bestseller PTS, Anggun Di Luar Serlah Pesona dari Dalam. Beliau juga adalah jurulatih bertauliah di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad.
AHMAD DAN SETAFA
Beliau pernah berkhidmat di Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA), Institut Kemajuan Desa (INFRA), Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri (BKPP), Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) dan Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA). Mulai 2010 telah dilantik menjadi resource person dalam bidang 5s, MPK, FM, SKT, Re-Org, Pengurusan Mesyuarat, Penulisan Minit Mesyuarat dan PKPA yang lain. (Modul MAMPU). Beliau bergerak aktif sebagai penceramah dan jurulatih dalam aspek Protokol Majlis Rasmi, Pengurusan Majlis, Etiket Sosial, Makan Beradab, Penyediaan Teks Ucapan, Pengucapan Awam dan Pengacaraan Majlis.
AZREE HANIFIAH
Seorang yang berpengalaman selama 3 tahun sebagai fotografer rasmi bagi sebuah badan NGO antarabangsa WAMY (World Assembly of Muslim Youth) yang berpusat di Arab Saudi. Beliau sering mengadakan bengkel fotografi bagi tujuan bisnes kecil, pendidikan dan korporat. Juga menjadi pengasas untuk Yosh Fotografi iaitu satu komuniti remaja Muslim yang berdakwah melalui foto. Merupakan trainer khusus dalam bidang pembangunan laman web, fotografi dan editing untuk individu, agensi swasta, badan kerajaan dan universiti.
FARAH LINA ABDUL RAHIM
Beliau mendapat kelulusan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi MARA dalam jurusan Komunikasi dan Media (Perhubungan Awam). Minat dalam pembangunan imej dan personaliti mendorong beliau mencebur diri sebagai Perunding Imej Profesional. Beliau mendapat kursus intensif dan sekaligus diiktiraf sebagai Perunding Imej Profesional oleh Training Cube International Sdn. Bhd. Banyak mengendalikan bengkel dan kursus berkaitan pembinaan imej diri, kerjaya dan kecantikan di kalangan para pelajar institusi pengajian tinggi awam, swasta juga agensi kerajaan. Bidang kepakaran beliau adalah dalam pengurusan Imej iaitu Grooming, Penjagaan kulit dan Solekan (Make Up), Gaya Personaliti, Analisis Warna, Dress Sense, Business, Social Etiquettes.
ISKANDAR SYAH ISMAIL (DR. BUBBLES)
Merupakan trainer dan pengasas Dr Bubbles yang mencetus fenomena doktor badut atau clown doctor di Malaysia. Memperkenalkan pengurusan empati, simpati dan stress secara kreatif bagi keperluan hospital-hospital di seluruh negara dan dapat diaplikasi dalam amalan kerjaya. Kreativiti beliau terserlah melalui pengenalan gerakan perpustakaan rumah anak yatim yang selama ini menjadi ‘tempat pembuangan sampah’ buku-buku terpakai. Beliau menggunakan kaedah sinergi dan menginovasikan gaya kerja amal cara baru yang bersifat segar, kontemporari dan relevan.