PROFIL TRAINER

Kepakaran

Fauzul Na’im Ishak adalah Master Trainer dan Presiden kepada kumpulan syarikat FINE Academy. Beliau adalah jurulatih yang diberikan kepercayaan untuk memperkasa organisasi-organisasi utama Malaysia seperti Tenaga Nasional Berhad, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Beliau adalah juga Master Trainer DynamicDISC Profile Analyst, Certified Trainer Pembangunan Sumber Manusia Berhad, Certified NLP Master Practitioner, Certified NLP Master Coach, Certified Master Practitioner of Timeline Therapy, Certified Trainer GEM International, Certified Professional Trainer Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia, Certified Professional Learning Facilitator (Mastery) Take Charge Sdn Bhd dan Certified Laughter Yoga Leader.

Fauzul Naim Ishak

Fauzul Naim Ishak

Ketua Pegawai Eksekutif

Kepakaran

Pengurus Besar Penerbitan PTS Media Group Sdn. Bhd Graduan jurusan ekonomi Universiti Islam Antarabangsa
IKRAM WAZIR

IKRAM WAZIR

Ahli Lembaga Pengarah & Jurulatih Kanan FINE GROUP OF ACADEMIES (FINE Academy)

Kepakaran

Jurulatih dan perunding kanan Penulis sepenuh masa dan rakan strategik pembangunan imej organisasi Beliau sudah menulis 20 buah buku dalam pasaran
ZAMRI MOHAMAD

ZAMRI MOHAMAD

Ahli Lembaga Pengarah & Jurulatih kanan FINE GROUP OF ACADEMIES (FINE Academy)

Kepakaran

Merupakan trainer dan pengasas Dr Bubbles yang mencetus fenomena doktor badut atau clown doctor di Malaysia. Memperkenalkan pengurusan empati, simpati dan stress secra kreatif bagi keperluan hospital-hospital di seluruh negara dan dapat diaplikasi dalam amalan kerjaya.
ISKANDAR SYAH ISMAIL

ISKANDAR SYAH ISMAIL

Jurulatih FINE

Kepakaran

Beliau merupakan trainer yang sangat berpengalaman dalam bidang latihan korporat. Berkemahiran dalam Pembangunan imej, etika dan protokol, Penulisan Dokumen Rasmi, Pembangunan Kerjaya dan Pengurusan Pejabat.

FARAH LINA ABDUL RAHIM

FARAH LINA ABDUL RAHIM

Jurulatih FINE

Kepakaran

Berpengalaman selama 3 tahun sebagai fotografer rasmi bagi sebuah badan NGO antarabangsa WAMY (World Assembly of Muslim Youth). Pengasas untuk Yosh Fotografi iaitu satu komuniti remaja Muslim yang berdakwah melalui foto. Trainer khusus dalam bidang pembangunan laman web, fotografi dan editing.
AZREE HANIFIAH

AZREE HANIFIAH

Penceramah & Jurulatih

Pasukan Perunding Latihan dan Motivasi

FAUZUL NAIM ISHAK

Fauzul Na’im Ishak adalah Master Trainer dan Presiden kepada kumpulan syarikat FINE Academy. Beliau adalah jurulatih yang diberikan kepercayaan untuk memperkasa organisasi-organisasi hebat di Malaysia antaranya Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pengajian Tinggi. Beliau diberikan kepercayaan membangun potensi diri warga kerja 16,000 orang kakitangan Tenaga Nasional Berhad dalam program Transformasi 1TNB Better.Brighter dalam tempoh 3 tahun (2013-2016) dan 1,200 orang warga kerja Kolej Polytech Mara dalam program Insan Super.

Beliau adalah juga Master Trainer DynamicDISC Profile Analyst, Certified NLP Master Practitioner, Certified NLP Coach, Certified Practitioner of Timeline Therapy, Certified Practitioner of Language & Behavioural Profile, Certified Trainer Pembangunan Sumber Manusia Berhad, Certified Trainer GEM International, Certified Trainer Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia, Certified Professional Learning Facilitator (Mastery) Take Charge Sdn Bhd dan Certified Behavioural Consultant.

ZAMRI MOHAMAD

Merupakan jurulatih dan perunding kanan yang aktif mengendalikan bengkel penulisan di dalam dan luar negara. Seorang penulis sepenuh masa dan rakan strategik pembangunan imej organisasi melalui penulisan dan kempen media online serta offline. Beliau sudah menulis 20 buah buku dalam pasaran. Beliau menulis secara aktif dalam akhbar dan majalah sebelum ini antaranya Dewan Ekonomi, Dewan Siswa, Dewan Masyarakat, Minda, Majalah-I dan Mutiara Minda. Seorang jurulatih bertauliah daripada Pembangunan Sumber Manusia Berhad. Aktif dalam melancarkan gerakan pembacaan melalui Baca@LRT, Baca@Komuter dan terlibat secara aktif dalam Perbadanan Kota Buku Berhad.

IKRAM WAZIR

Pengurus Besar Penerbitan PTS Media Group Sdn. Bhd., syarikat yang menaungi Kumpulan Penerbitan PTS. Graduan jurusan ekonomi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini bermula daripada menjadi seorang editor peroleh di PTS Millennia Sdn Bhd, membangunkan produk-produk buku bestseller di sana. Beliau sering dijemput mengendalikan bengkel-bengkel penulisan dokumen rasmi kerajaan dan bengkel mengalihkan tesis kepada buku bestseller di institusi kerajaan dan institusi pengajian tinggi di seluruh negara. Beliau juga pernah menghasilkan beberapa buah buku antaranya buku bestseller PTS, Anggun Di Luar Serlah Pesona dari Dalam. Beliau juga adalah jurulatih bertauliah di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad.

AHMAD DAN SETAFA

Beliau pernah berkhidmat di Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA), Institut Kemajuan Desa (INFRA), Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri (BKPP), Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) dan Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA). Mulai 2010 telah dilantik menjadi resource person dalam bidang 5s, MPK, FM, SKT, Re-Org, Pengurusan Mesyuarat, Penulisan Minit Mesyuarat dan PKPA yang lain. (Modul MAMPU). Beliau bergerak aktif sebagai penceramah dan jurulatih dalam aspek Protokol Majlis Rasmi, Pengurusan Majlis, Etiket Sosial, Makan Beradab, Penyediaan Teks Ucapan, Pengucapan Awam dan Pengacaraan Majlis.

AZREE HANIFIAH

Seorang yang berpengalaman selama 3 tahun sebagai fotografer rasmi bagi sebuah badan NGO antarabangsa WAMY (World Assembly of Muslim Youth) yang berpusat di Arab Saudi. Beliau sering mengadakan bengkel fotografi bagi tujuan bisnes kecil, pendidikan dan korporat. Juga menjadi pengasas untuk Yosh Fotografi iaitu satu komuniti remaja Muslim yang berdakwah melalui foto. Merupakan trainer khusus dalam bidang pembangunan laman web, fotografi dan editing untuk individu, agensi swasta, badan kerajaan dan universiti.

FARAH LINA ABDUL RAHIM

Beliau mendapat kelulusan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi MARA dalam jurusan Komunikasi dan Media (Perhubungan Awam). Minat dalam pembangunan imej dan personaliti mendorong beliau mencebur diri sebagai Perunding Imej Profesional. Beliau mendapat kursus intensif dan sekaligus diiktiraf sebagai Perunding Imej Profesional oleh Training Cube International Sdn. Bhd. Banyak mengendalikan bengkel dan kursus berkaitan pembinaan imej diri, kerjaya dan kecantikan di kalangan para pelajar institusi pengajian tinggi awam, swasta juga agensi kerajaan. Bidang kepakaran beliau adalah dalam pengurusan Imej iaitu Grooming, Penjagaan kulit dan Solekan (Make Up), Gaya Personaliti, Analisis Warna, Dress Sense, Business, Social Etiquettes.

ISKANDAR SYAH ISMAIL (DR. BUBBLES)

Merupakan trainer dan pengasas Dr Bubbles yang mencetus fenomena doktor badut atau clown doctor di Malaysia.  Memperkenalkan pengurusan empati, simpati dan stress secara kreatif bagi keperluan hospital-hospital di seluruh negara dan dapat diaplikasi dalam amalan kerjaya. Kreativiti beliau terserlah melalui pengenalan gerakan perpustakaan rumah anak yatim yang selama ini menjadi ‘tempat pembuangan sampah’ buku-buku terpakai. Beliau menggunakan kaedah sinergi dan menginovasikan gaya kerja amal cara baru yang bersifat segar, kontemporari dan relevan.

share on