PROFIL LEMBAGA PENGARAH

 

Senarai Ahli Lembaga Pengarah FINE Academy

PENGERUSI (BUKAN EKSEKUTIF)

Haji Ishak Haji Ibrahim

  • Telefon : (+6) 03 4149 2560
  • Emel: ishak@fauzulnaim.com
  • Latar belakang:
    • Beliau mempunyai sarjana muda dalam bidang sains pertanian daripada University of Tennessee dan sarjana sains dalam bidang ekonomi pertanian dari universiti.
    • 33 tahun sebagai penjawat awam.
    • Jawatan terakhir beliau sebelum bersara adalah ketua penolong pengarah di Jabatan Pertanian, Perak

PENGARAH URUSAN (EKSEKUTIF)

fauzulFauzul Na’im Ishak

  • Telefon Bimbit: (+6) 016 2605 501
  • Emel: fauzulnaim@fineacademy.com.my
  • Latar belakang:
    • Seorang individu yang aktif dalam persatuan dan gerakan mahasiswa di Universiti Malaya ketika menjadi mahasiswa dalam bidang kejuruteraan letrik.
    • Pernah mewakili Universiti Malaya dalam pelbagai bidang sukan, orator dan kepemimpinan. Juga mewakili Malaysia di antara 12 pemimpin mahasiswa terpilih untuk menyertai pertukaran Belia Korea-ASEAN di Seoul, Korea Selatan.
    • Memegang jawatan daripada peringkat AJK hingga menjadi ketua pengarah lebih daripada 20 buah projek mahasiswa.
    • Menyertai PTS Publications & Distributors Sdn Bhd sebagai seorang editor perolehan pada tahun 2001.
    • Menjadi Pengurus Penerbitan, mengurus urusan perolehan manuskrip dan pembangunan produk buku  di PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
    • Dilantik mengurus anak syarikat baru Kumpulan PTS dengan menjadi Pengarah Eksekutif dan Pengurus di PTS Millennia Sdn Bhd pada tahun 2005.  Membangunkan pelbagai produk buku terlaris di dalam pasaran antaranya karya tulisan Dr. Danial Zainal Abidin, Dr. Tengku Asmadi, Ahmad Fadzli Yusof, Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah dan ramai lagi.
    • Diberikan kepercayaan untuk menjadi Pengurus Besar Penerbitan Kumpulan PTS pada tahun 2008 dan mengurus 9 anak syarikat Kumpulan PTS yang fokus kepada penerbitan buku.
    • Membuat keputusan untuk melepaskan jawatan dalam bidang penerbitan untuk menfokuskan diri ke dalam bidang yang beliau amat mempunyai nyala rasa iaitu bidang latihan dan pembangunan insan pada penghujung tahun 2010. Beliau dilantik sebagai Pengarah Penerbitan (Pengarah Bukan Eksekutif) Kumpulan PTS (sekang dikenali sebagai PTS Media Group Sdn Bhd) daripada tahun 2011 sehingga sekarang.
    • Aktif dalam Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA) sebagai antara penggerak utama Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur daripada tahun 2008 hingga 2010. Menjadi AJK Persatuan Editor Malaysia untuk 2 tahun.
    • Menjadi jurulatih pembangunan penulisan buku sejak tahun 2003 sehingga sekarang. Mula menceburi bidang pembangunan diri dan komunikasi sejak tahun 2010.
    • Jurulatih bertauliah daripada beberapa badan antaranya Pembangunan Sumber Manusia Berhad, GEM International, Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia dan Professional Learning Facilitator.
    • Pengamal utama Neurolinguistic Programming (NLP), NLP Master Coach dan pengamal utama Timeline Therapy.
    • Penganalisa DiSC dan LAB Profile.
    • Sekarang Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FINE Academy.

TIMBALAN PENGARAH URUSAN (EKSEKUTIF)

nurulhilyatiNurulhilyati Abdul Halim

  • Telefon Bimbit: (+6) 016 2605 502
  • Emel: nurulhilyati@fineacademy.com.my
  • Latar belakang:
    • Pemilik sarjana muda penyelidikan operasi (matematik) dengan kepujian daripada Universiti Sains Malaysia.
    • Editor pertama dilatih khusus oleh pengasas Kumpulan PTS, Puan Ainon Mohd.
    • Dilantik menjadi editor di PTS Professional Publishing Sdn Bhd pada tahun 2005.
    • Dilantik menjadi Pengarah Akademi PTS yang pertama pada tahun 2010.
    • Membuat keputusan untuk melepaskan jawatan bagi menumpukan perhatian kepada keluarga dan bisnes yang dibina bersama suami beliau, Tuan Fauzul Na’im Ishak di FINE Academy.

share on