ESQ Insan Super | Kursus Motivasi Diri | Kursus Pembangunan Diri | Kursus Pembangunan Sahsiah Diri

Hidup manusia amat singkat. Pada ketika ini usia atau umur tidak menentukan sama ada dia mampu hidup lama ataupun sekejap. Orang yang berumur ataupun orang masih muda, kedua-duanya akan dipanggil bila-bila masa saja untuk bertemu yang Maha Kuasa. Apa yang sepatutnya manusia lakukan adalah melakukan yang terbaik dengan sisa hidup yang ada.

Setiap manusia sudah disediakan ‘alat’ yang sama pada diri masing-masing oleh Tuhan. Akal fikiran untuk berfikir, emosi untuk meluahkan perasaan, spiritual untuk tentukan nilai dan fizikal untuk bertindak. Namun begitu ada manusia yang lebih hebat berbanding manusia lain. Hebat daripada segi ilmu, kemahiran, kekayaan dan kecemerlangan.

Apakah yang menyebabkan manusia berbeza? Ini kerana ada manusia yang KENAL DIRI dan ada yang tidak. Hanya mereka yang KENAL DIRI akan dapat menyerlahkan POTENSI yang ada dalam dirinya.

Manusia yang tidak KENAL DIRI ini bukan sahaja sukar untuk berjaya, ia tidak dapat beri yang terbaik untuk dirinya, organisasi, keluarga dan masyarakat. Inilah golongan yang akan menjadi mangsa kepada orang lain. Mereka akan menyalahkan dan mengalihkan salah kepada orang lain. Hasilnya, semua rugi termasuk diri sendiri.

Program INSAN SUPER: Kenal Diri Bongkar Potensi direka bentuk untuk membongkar misteri diri manusia dengan membawa pendekatan psikologi terkini. Setiap peserta akan dibawa untuk mengenal 4 komponen penting pada diri mereka iaitu Intelek, Emosi, Spiritual dan Fizikal. Ini kami sebut sebagai Formula Holistik Insan Super.

Ini diperincikan dalam KERANGKA PROGRAM di bawah:

Durasi Program

Kursus motivasi diri dan pembangunan sahsiah diri ini boleh dianjurkan untuk tempoh masa 1 hari untuk peringkat asas, 2 hari untuk peringkat pertengahan dan 3 hari untuk peringkat Advance

Hasil Pembelajaran

Pihak kami membangunkan program ini bagi memenuhi keperluan organisasi kerajaan mahupun swasta yang ingin mewujudkan individu warga kerja yang positif, produktif dan efektif.

Anda ingin memastikan warga kerja organisasi Anda menyertai program ini kerana apabila mereka graduate daripada program ini mereka dapat:

KENAL DIRI DAN SEDAR POTENSI DIRI

Para peserta akan lebih kenal setiap komponen pada diri yang membangunkan apa yang dikenali sebagai POTENSI. Mereka memahami setiap satu, mengetahui bagaimana ia berfungsi dan belajar untuk mengawalnya.

MENGATUR DAN MEMBUAT TETAPAN DIRI

Para peserta dapat  membina blue print hidup. Membangun, mengatur dan menetapkannya bagi mencapai matlamat hidup jangka masa pendek dan panjang.

BERTINDAK DAN PACU KEJAYAAN

Membangunkan jati diri dan nyala rasa untuk memacu kejayaan secara konsisten. Melepasi ketakutan yang ada pada diri dan tekad untuk menakluknya. Membuka jalan untuk mencapai kejayaan di dunia sebagai jambatan ke akhirat.

Program ini digabung jalinkan dengan metod latihan yang menggalakkan pembelajaran aktif. Ia diterjemahkan dalam bentuk aktiviti, permainan, diskusi, kuiz dan pembentangan.

Suatu program yang memberikan pengalaman berbeza dalam mengenal potensi diri dan memperkasakannya.

Program yang menggabungkan kecerdasan intelek (IQ), kecerdasan emosi (EQ), kecerdasan fizikal (PQ), kercerdasan sprituil (SQ) dan kecerdasan bahasa (LQ)

Testimonial Program Insan Super Jabatan Penerbangan Awam

Ingin Dapatkan Sebut Harga?

Pohon isikan secara terperinci maklumat yang disertakan di bawah bagi memudahkan kami mengeluarkan sebut harga sesuai dengan spesifikasi yang diperlukan oleh pihak Anda. Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini, boleh terus hubungi (+6) 016 2605 502
Pohon masukkan nama penuh memudahkan kami meletakkannya pada sebut harga
Pohon masukkan jawatan Anda
Pohon masukkan nama organisasi bagi memudahkan kami meletakkannya pada sebut harga
Pohon masukkan no. Telefon bimbit yang mudah untuk dihubungi
Pohon masukkan emel yang mudah dihubungi sama ada gmail, yahoo ataupun emel jabatan.
Pilih satu ataupun lebih
//
Masukkan mula program jika
//
Masukkan akhir program jika
Masukkan 3 objektif di sini
Pohon masukkan tempat kursus jika sudah ada cadangan
Masukkan nota tambahan jika ada

share on